KOTA BHARU - Malaysia berada pada kedudukan terbaik untuk meraih lebih daripada sebutir pingat termasuk emas pada Sukan Olimpik buat pertama kali dalam sejarah penyertaan negara sejak 1956.
Bekas atlet olahraga negara, Tan Sri Dr. M. Jegathesan berkata, jika sebelum ini harapan hanya disandarkan dalam acara badminton, tetapi kini cabaran turut meliputi sukan berbasikal, terjun dan memanah.
Beliau yang juga Pro- Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) berkata: "Kita ada empat jenis sukan yang boleh diletak harapan untuk pingat, tidak kira apa warna. Ini kali pertama kita ada peluang dalam empat jenis sukan.
"Kita harap di London nanti, atlet menunjukkan kehandalan. Jika ada peluang kita mungkin memenangi emas, mungkin juga dapat lebih daripada sebutir pingat," katanya di sini, semalam.
Oleh ASMA HANIM MAHMOOD
utusankelantan@utusan. com.my
Comments
Post a Comment