Skip to main content

Shabery puji aksi Harimau Muda

MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyifatkan kemenangan besar Harimau Muda ke atas Filipina merupakan satu kemenangan sangat 'istimewa'.

Kelmarin, skuad kendalian Ong Kim Swee itu membelasah The Azkals 7-0 pada aksi kedua kelayakan Piala Asia bawah 22 tahun di Stadium Aung San Yangon, Myanmar.

"Saya ucapkan tahniah kepada semua anak-anak buah Ong Kim Swee.
"Kemenangan 7-0 merupakan satu kemenangan yang begitu manis.

"Semalam (kelmarin), keputusan yang diraih oleh skuad negara begitu memberangsangkan selepas kita berjaya mengalahkan Filipina 7-0.

"Ini menguatkan kepercayaan kita bahawa dalam sukan seperti bola sepak ini, kita tidak boleh bergantung kepada pemain-pemain yang diimport.

"Kebiasaannya pemain-pemain seperti ini hanya datang ke negara kita selepas tidak mampu memberikan aksi terbaik di liga negara mereka sendiri yang mana terdiri daripada golongan pemain yang telah berusia," katanya pada sidang akhbar program Next Hero Junior Swing di Putrajaya semalam.

Jelasnya, beliau yakin dengan kemampuan barisan pemain negara yang mampu memberikan impak kepada bola sepak tempatan sekali gus memartabatkan imej pemain negara di peringkat antarabangsa.



Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...