Skip to main content

Bola sepak erat perpaduan - PM

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak percaya perpaduan negara ini boleh disatukan menerusi aspek sukan kerana hampir seluruh masyarakat Malaysia tidak kira usia, bangsa dan etnik berkongsi minat yang sama terutama pada sukan bola sepak.

Perdana Menteri berkata, perkara itu dapat dilihat pada bulan lalu apabila jutaan rakyat Malaysia memenuhi setiap restoran mamak hampir setiap awal pagi, semata-mata mahu menonton siaran langsung Euro 2012.

Kata beliau, suasana itu bakal dilihat sekali lagi menjelang hujung bulan ini apabila skuad kebangsaan akan bertemu juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City di Bukit Jalil.

"Saya berpendapat adalah penting bagi setiap peminat bola sepak daripada segenap lapisan masyarakat untuk hadir ke stadium dan memberi sokongan padu kepada skuad kebangsaan.

"Oleh itu, saya gembira kerana sebanyak 50,000 keping tiket yang dijual pada harga RM10 iaitu harga yang mampu dimiliki oleh semua telah laris dijual pada pelancaran 1Malaysia For Youth (1M4U) Ahad lalu,'' katanya menerusi laman blog 1Malaysia.com.my hari ini.

Perdana Menteri berkata, penjualan harga tiket pada harga yang rendah mampu dilaksanakan ekoran hasil daripada hubungan rapat antara Malaysia dan pemilik Manchester City iaitu Abu Dhabi.
Katanya lagi, sekiranya tidak berjaya mendapatkan tiket perlawanan pada hari Ahad lalu, orang ramai masih boleh perolehnya di kaunter- kaunter tertentu Tiket Pro di sekitar Lembah Klang bermula esok.
Katanya, maklumat lanjut mengenai tiket boleh dapati melalui laman web 1Malaysia Development Berhad (1MDB) iaitu di www.1mdb.com.my.

"Saya amat berbesar hati apabila dimaklumkan bahawa sebahagian besar daripada hasil penjualan tiket itu akan disumbangkan untuk tujuan amal.

"Sebanyak 60 peratus akan disalurkan kepada 1MDB iaitu sebuah yayasan yang membuat pelaburan dalam bidang pendidikan dan penjagaan kesihatan di seluruh negara,'' katanya.
Perdana Menteri seterusnya berkata, beberapa tiket yang berharga RM108 dan RM388 juga akan diberi secara percuma kepada para pembaca blog 1Malaysia menerusi pendaftaran mengenai butiran diri di dalam laman blog tersebut.

"Dengan pendaftaran itu, anda juga berpeluang memenangi jersi eksklusif Manchester City yang ditandatangani oleh para pemainnya. Pengiktirafan dan penghargaan ini adalah sebagai tanda persahabatan dari Abu Dhabi.

"Saya berharap hubungan baik ini akan bertambah erat walaupun pasukan kebangsaan mampu menewaskan Manchester City pada perlawanan itu nanti,'' katanya.




Oleh MUZDALIFAH MUSTAPHA
sukan@utusan.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...