KOTA BAHARU, 19 Julai (Bernama) -- Juara Liga Super dan Piala FA 2012,
Kelantan yakin mampu menyekat kemaraan kelab Liga Perdana Inggeris,
Queens Park Rangers (QPR) pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam,
Jumaat.
Ketua jurulatih Kelantan Bojan Hodak berkata pasukannya berpeluang menang memandangkan QPR baharu sahaja menamatkan musim liga mereka dan ramai pemain kelab itu masih dalam proses pemulihan.
"Pertembungan itu bukan perlawanan bagi QPR, jadi ini menjadi peluang kami kerana saya tahu pemain mereka belum pulih sepenuhnya," katanya pada sidang media menjelang perlawanan persahabatan itu, di sini.
Hodak berkata beliau juga akan menurunkan pemain import baru Kelantan, Keita Mandjou agar penyokong dan peminat Kelantan dapat menilai sendiri tahap permainan pemain tersebut.
Sementara itu, Pengurus QPR Mark Hughes berkata beliau mungkin tidak menurunkan kesebelasan utama pemainnya menentang Kelantan bagi mengelak anak buahnya mengalami kecederaan serius.
"Adalah penting untuk tidak mendedahkan pemain kepada terlalu banyak perlawanan bagi mengelak ditimpa kecederaan," katanya.

-- BERNAMA
Comments
Post a Comment