KUALA LUMPUR, 19 Julai (Bernama) -- Masa depan kejohanan berbasikal Le
Tour de Langkawi (LTdL) dilihat cerah dan dijangka mampu bergerak
sendiri terutama bagi mendapatkan penajaan tanpa bantuan daripada
kerajaan dalam tempoh tiga tahun akan datang.
Ketua Pegawai Eksekutif LTdL, Emir Abdul Jalal berkata walaupun status kejohanan itu yang memasuki edisi ke-18 tahun depan bukan di tahap Pro Tour, ia terbukti berjaya menarik penyertaan pelumba basikal terkemuka dunia dan pelumba yang sedang meningkat naik.
Untuk rekod, penganjuran LTdL berstatus 2 Hors (Hors Classe).
"LTdL memang ditunggu-tunggu kelab berbasikal profesional di benua Eropah dan Asia.
"Sebagai contoh, jika kami menghantar jemputan hari ini, esok mereka akan terus beri jawapan bersetuju menyertainya," kata beliau ketika ditemui pemberita pada Persidangan Perniagaan Sukan Asia Pasifik 2011/2012 di Hotel Berjaya Times Square di sini pada Khamis.

-- BERNAMA
Comments
Post a Comment