Skip to main content

Mungkin berundur, tanding Presiden BWF


KUALA LUMPUR - Selepas 12 tahun memimpin Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Nadzmi Mohd. Salleh (gambar), baru-baru ini memberi bayangan kepada ahli majlis badan kebangsaan itu bahawa beliau sedia melepaskan jawatan presiden.

Nadzmi, yang mula memegang tampuk kepimpinan BAM sejak tahun 2000, menyuarakan hasrat tersebut pada mesyuarat majlis 23 Jun lalu. Begitupun, beliau telah dipujuk oleh ahli majlis yang memintanya mempertimbangkan semula keputusan itu.

Ia terhenti di situ, tiada sebarang keputusan dibuat oleh Nadzmi. Beliau mungkin hanya akan mendedahkan apa pertimbangkan akhirnya apabila badan induk badminton kebangsaan itu membuat pemilihan pucuk pimpinan pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM), Jun tahun depan.
Begitupun, belum sempat Nadzmi membuat sebarang keputusan mengenai kedudukannya sebagai Presiden BAM, beliau telah diminta oleh ahli majlis supaya mencabar jawatan Presiden Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dalam AGM mereka, Mei tahun depan.

Jawatan Presiden badan badminton dunia itu kini dipegang oleh Dr. Kang Young-Joong dari Korea Selatan, namun dikhabarkan ada beberapa masalah dalaman berlaku di BWF yang mendorong banyak pihak mencari calon baru untuk menggantikan Young-Joong.
Sebagai Presiden BAM, antara persatuan badminton paling kukuh dan tidak pernah menimbulkan banyak masalah, nama Nadzmi menjadi calon yang disebut-sebut.

"Seorang ahli majlis telah mencadangkan kepada Nadzmi, memandangkan pemilihan pucuk pimpinan BWF tahun depan bakal diadakan di Kuala Lumpur, mengapa tidak Malaysia memainkan peranan yang lebih aktif dalam badan dunia itu.

"Malaysia antara kuasa badminton dunia, tetapi kita tidak pernah memegang tampuk kepimpinan tertinggi BWF. Jadi, ahli majlis tersebut mencadangkan seseorang daripada BAM untuk mencabar jawatan Presiden BWF dan sudah tentu orang tertinggi dalam badminton Malaysia adalah Nadzmi.
"Ketika menjawab cadangan tersebut, Nadzmi berkata beliau sedia untuk bertanding seandainya menerima sokongan. Bermakna, jika terdapat pencalonan serta sokongan dari Eropah dan Asia, beliau sedia mencabar jawatan Presiden BWF,'' kata sumber berkenaan.

Mesyuarat agung tahunan BWF akan berlangsung di Kuala Lumpur tahun depan bersempena dengan penganjuran Piala Sudirman. Malaysia menjadi tuan rumah kejohanan berpasukan campuran dunia itu buat kali pertama, sekali gus melengkapkan reputasi kita sebagai penganjur kejohanan besar yang hebat.

Malaysia sebelum ini pernah menjadi tuan rumah semua kejohanan badminton utama - Piala Thomas, Kejohanan Dunia dan Siri Super Masters Akhir, yang diadakan selama dua tahun berturut-turut di Kota Kinabalu, Sabah. Malah, ibu pejabat BWF juga terletak di Kuala Lumpur.

"Setakat ini, memang belum ada mana-mana negara menyuarakan sokongan terhadap Nadzmi atau Malaysia untuk memainkan peranan dalam BWF tetapi setahu saya, Malaysia amat digemari oleh negara-negara dari Eropah, jadi kita tunggu dan lihat saja apabila mesyuarat pemilihan semakin hampir,'' menurut sumber itu lagi.

Legenda badminton negara, Datuk Punch Gunalan merupakan rakyat Malaysia yang pernah memegang jawatan tertinggi dalam BWF, iaitu Timbalan Presiden. Karier 16 tahun tokoh sukan Malaysia itu bersama BWF bagaimanapun berakhir pada Mei, 2008 selepas beliau meletak jawatan rentetan daripada beberapa usul undi tidak percaya daripada majlis.



- UTUSAN

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...