Skip to main content

Sukan Sea ke-29 : ‘Kita belum bersedia’

LANCAR...Shabery (tengah) dan  Ketua Pengarah MSN, Datuk Seri Zolkples Embong ketika perasmian  Akademi Kejurulatihan Kebangsaan di MSN Bukit Jalil, semalam.
 
LANCAR...Shabery (tengah) dan Ketua Pengarah MSN, Datuk Seri Zolkples Embong ketika perasmian Akademi Kejurulatihan Kebangsaan di MSN Bukit Jalil, semalam. 
 
KETIKA Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sudah menyatakan Malaysia akan menjadi tuan rumah Sukan Sea ke-29 pada 2017, lain pula nada dinyatakan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Ditemui selepas majlis pelancaran Akademi Kejurulatihan Kebangsaan semalam, Ahmad Shabery lebih menggambarkan negara belum cukup bersedia menjadi tuan rumah sukan dwitahunan serantau itu berikutan beberapa faktor termasuk masa yang suntuk.

“Saya tidak berani menyatakan boleh dianjurkan atau tidak tapi bagi saya, perkara ini banyak membabitkan soal kos yang pastinya agak besar.

“Selain itu, saya perlu membawa perkara ini ke kabinet terlebih dulu bagi mendapat persetujuan semua pihak kerana dalam RMK (Rancangan Malaysia) ke-10 memang tiada menyentuh soal ini,” katanya.

Jelas Ahmad Shabery, masa juga semakin suntuk untuk negara menjadi tuan rumah temasya sukan itu kerana tahun 2017 hanya berbaki lima tahun saja.

“Lima tahun satu jangka masa yang tidak begitu lama. Kita tidak boleh bergantung kepada kemudahan sedia ada saja jika mahu menjadi tuan rumah Sukan Sea.


“Sebaliknya kita perlu menambah baik kemudahan sedia ada serta membina beberapa lagi infrastruktur baru tapi seperti saya katakan tadi, ia membabitkan jumlah kos yang besar.

“Saya tiada hak mendesak kerajaan tapi jika ia membabitkan wang kerajaan, perkara ini perlu dibincangkan terlebih dulu,” katanya.

Jelas Ahmad Shabery, Malaysia mungkin boleh menganjurkan Sukan Sea ke-29 andai penganjurannya menggunakan modul swasta atau dengan kata lain mendapat sokongan padu sektor swasta.

Memberi contoh temasya Sukan Olimpik yang membabitkan modul swasta dalam penganjurannya, Ahmad Shabery bagaimanapun menyatakan, temasya Sukan Sea biasanya membabitkan bajet kerajaan.

“Sukan Sea tidak seperti Olimpik kerana ia belum mencapai tahap menggunakan modul swasta yang besar,” katanya.

MOM menerusi Setiausaha Kehormatnya, Datuk Sieh Kok Chi baru-baru ini mengeluarkan kenyataan mengesahkan giliran Malaysia untuk menjadi tuan rumah sukan dwitahunan serantau itu pada 2017 berikutan tiada negara sedia menawarkan diri sebagai tuan rumah.

Kok Chi berkata demikian selepas menghadiri Mesyuarat Persekutuan Sukan Sea (SGF) di Myanmar hujung minggu lalu. Justeru itu, Ahmad Shabery meminta MOM yang sebelum ini membuat pengumuman supaya merujuk kepada pihaknya terlebih dulu.

Sukan Sea ke-17 sepatutnya dianjur Brunei namun negara itu mahu menjadi ruan rumah pada 2019.

Kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah Sukan Sea adalah pada 2001 apabila muncul juara keseluruhan dengan 111 pingat emas, diikuti Thailand (103) dan Indonesia (72).

Selain tahun 2001, Malaysia pernah menjadi tuan rumah kejohanan itu pada 1977 dan 1989.



Oleh Saiful Affendy Sapran
saifulaffendy@hmetro.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Sports press clippings on the 24 April 2008

Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...