KUANTAN, 13 Julai (Bernama) -- Low Wee Nee dari Pulau Pinang dan atlet
Selangor Mohd Addeen Idrakie Bakhtiar muncul juara wanita dan lelaki
individu skuasy Sukan Malaysia (Sukma) ke-15, di Pusat Skuasy Kelab Golf
Diraja, di sini pada Jumaat.
Wee Nee mengetepikan pencabar dari Selangor Tan Yan Xin 11-6, 11-5, 11-6 manakala Mohd Addeen Idrakie mudah menewaskan rakan sepasukan Mohd Zul Azri Abdul Jalil Azhar 11-9, 11-0, 11-6.
Wee Nee, 20, yang gembira berjaya membawa pulang pingat emas pada edisi Sukma terakhir baginya, sebelum ini gagal menyerlah kerana terpaksa bersaing dengan kakaknya, atlet kebangsaan Wee Wern yang juga pemenang emas pada tiga edisi Sukma.
Wee Nee yang beraksi di hadapan kakaknya Wee Wern pada Jumaat, berkata beliau memasuki gelanggang tanpa harapan tinggi kerana sudah lama tidak menentang Tan.
"Bagaimanapun pada perlawanan tadi saya dapat membaca rentaknya. Saya jadi lebih yakin dan dapat bermain dengan baik," katanya kepada Bernama.

-- BERNAMA
Comments
Post a Comment