Skip to main content

Terengganu lakar hatrik

SKUAD hoki wanita Terengganu meraikan kejayaan meraih pingat emas Sukan Malaysia XV selepas menewaskan Wilayah Persekutuan 1-0 di Padang Hoki Wisma Belia dekat Kuantan, semalam.
 
KUANTAN - Kehebatan Terengganu melahirkan jaguh lumba basikal, memanah dan olahraga tempatan membolehkan negeri itu ditabalkan selaku juara keseluruhan Sukan Malaysia buat kali ketiga berturut-turut, biarpun tirai temasya hanya akan ditutup secara rasmi hari ini.

Walaupun masih ada lapan pingat emas ditawarkan pada hari terakhir, namun pencabar terdekat mereka, Selangor sudah tidak mampu memintas kerana dipisahkan dengan 14 pingat emas selepas 360 acara dipertandingkan.

Selepas muncul juara keseluruhan pada 2008 dan 2010, Terengganu meneruskan keunggulan sebagai kuasa sukan tempatan dengan membolot 62 pingat emas, jauh mengatasi Selangor yang melengkapkan saingan dengan 47 emas. Tuan rumah pula berada di tempat ketiga dengan 44 emas.

Malah, pungutan yang diraih Terengganu juga mengatasi sasaran sebenar mereka, yang sekadar menetapkan misi 47 emas untuk dibawa pulang. Bagaimana Terengganu mampu menjadi kuasa sukan tempatan yang cukup hebat, ia sesuatu yang harus membuka mata negeri lain apabila menyiapkan atlet masing-masing untuk menghadapi temasya di Perlis, dua tahun dari sekarang.

Bayangkan dalam acara lumba basikal, Terengganu berjaya membolot 12 daripada 18 emas yang ditawarkan, manakala memanah menyumbang sembilan emas dan olahraga dengan lapan emas.

Pada hari kesembilan semalam, Terengganu unggul menambah lapan pingat emas dengan dua daripadanya daripada acara angkat berat, memanah serta hoki dan satu daripada sepak takraw dan tinju.
Selain itu, Terengganu turut cemerlang dalam sukan angkat berat (enam), taekwondo (empat) dan ekuestrian (tiga).

Kecemerlangan Terengganu pada Sukan Malaysia kali ni cukup mengejutkan kerana acara yang menjadi salah satu penyumbang emas terbesar di Melaka, kanu tidak disenaraikan di Pahang. Sebagai rekod, pada Sukan Malaysia 2010 Melaka, Terengganu meraih 47 emas, 30 perak dan 43 gangsa.
Ketika menjadi tuan rumah pada Sukan Malaysia 2008, kontinjen yang terkenal dengan maskot penyu itu mendapat 61 emas, 39 perak dan 47 gangsa, untuk muncul juara buat kali pertama.

Selangor yang kelihatan gagah pada awal temasya terpaksa berpuas hati di tempat kedua, buat kali ketiga berturut-turut. Kontinjen Merah Kuning itu turut menghuni tempat kedua di Terengganu dengan 54 emas, 47 perak dan 51 gangsa manakala pada dua tahun berikutnya, mereka hanya dibezakan empat emas di belakang Terengganu selepas meraih 43 emas, 43 perak dan 58 gangsa.



- UTUSAN

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...