Skip to main content

Tunggu Kabinet

Ahmad Shabery Cheek 
 
KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek memberi bayangan bahawa penganjuran Sukan SEA 2017 di Malaysia mungkin sukar dilaksanakan.
Menurutnya, ini disebabkan penganjuran temasya itu memerlukan perbelanjaan tinggi sambil memberi contoh cadangan untuk menjadi tuan rumah Sukan Asia 2019 yang ditolak oleh Kabinet kerana melibatkan kos besar.

Tegas Ahmad Shabery, walau apa pun penganjuran Sukan SEA 2017 di Malaysia perlu mendapat restu Kabinet terlebih dahulu sebelum temasya dwi tahunan Asia Tenggara itu boleh diadakan di negara ini.
Katanya, sebagai Menteri beliau hanya mampu membawa perkara tersebut untuk dibincangkan di Kabinet dan tidak berhak mendesak kerajaan supaya meluluskan penganjurannya.

"Saya masih belum pasti tentang hak penganjuran tersebut malah perkara ini tak pernah disampaikan kepada saya.

"Tempoh lima tahun menjelang 2017 tidak cukup untuk kita menyediakan keperluan yang diinginkan.
"Perkara ini tidak boleh diumumkan awal kerana ia melibatkan pengunaan wang kerajaan yang amat tinggi kecuali MOM (Majlis Olimpik Malaysia) mempunyai rancangan penglibatan banyak pihak swasta untuk penganjuran," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Akademi Kejurulatihan Kebangsaan, di sini, semalam.

Mesyuarat Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) di Myanmar hujung minggu lepas mengesahkan giliran Malaysia untuk menjadi tuan rumah sukan dwi-tahunan serantau itu pada 2017 berikutan tiada negara yang bersedia menawarkan diri sebagai tuan rumah.

Perkara tersebut didedahkan Setiausaha kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Sieh Kok Chi, yang menghadiri mesyuarat tersebut.

Sukan SEA 2013 akan diadakan di Myanmar dan selepas itu Singapura pula akan menjadi tuan rumah temasya pada 2015.

Kali terakhir Kuala Lumpur menjadi tuan rumah Sukan SEA ialah pada 2001 apabila Malaysia muncul juara keseluruhan dengan 111 pingat emas, diikuti Thai land (103) dan Indonesia (72).

Sebelum 2001, Malaysia juga pernah menjadi tuan rumah temasya itu pada 1977 dan 1989.
Ahmad Shabery menasihatkan MOM agar merujuk terlebih dahulu kepada pihak kerajaan sebelum membuat pengumuman berkaitan penganjuran temasya dwi-tahunan itu.

"Sebagai prosedurnya saya boleh membawa perkara ini ke Kabinet tetapi saya tidak boleh memberi jaminan.

"Sebagai contoh saya pernah membawa cadangan MOM ke Kabinet untuk menjadi penganjur tuan rumah Sukan Asia 2019 tetapi tidak boleh diterima kerana kos yang besar," katanya.




Oleh ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Rajagobal Let Off The Hook

PETALING JAYA, April 24 (Bernama) -- National head coach Datuk K. Rajagobal was let off the hook by the Football Association of Malaysia's (FAM) Disciplinary Committee after finding no evidence that he had violated FAM's Article 88, as claimed. FAM Disciplinary Committee chairman Datuk Taufik Abdul Razak said the committee had decided not to charge Rajagobal after carefully analysing the video of the post-match press conference by the 56-year-old coach. "After listening to the recording of the post-match press conference, we decided to drop the charge against Rajagopal as he did not make such a statement. "Maybe his (Rajagobal) assessment and comments of the match was misconstrued by the media. There was no mention of the FAM policy throughout his comments," said Taufik after emerging from a three-hour Disciplinary Committee meeting at Wisma FAM in Kelana Jaya, here, Wednesday. Rajagobal who does not mince his words when asked to com...

Atlet Tempuhi Empat Kejohanan Besar Sebelum Olimpik Rio 2016

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Empat temasya sukan penting yang dijadual berlangsung mulai Disember ini hingga 2015 menjadi medan persiapan atlet negara sebelum menghadapi cabaran Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Jumaati. Kejohanan berkenaan ialah Sukan SEA di Myanmar pada Disember, Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan, Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland dan Sukan SEA 2015 di Singapura. Bercakap kepada pemberita selepas melawat Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil di sini, Khairy berkata kesemua temasya sukan itu dilihat amat penting dalam memastikan impian negara untuk membawa pulang pingat emas Olimpik pertama menjadi kenyataan. "Kita di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahupun MSN akan memastikan semua atlet mendapat bantuan sewajarnya dalam melakukan persiapan ke arah membawa pulang pingat emas pertama negara di Rio de Janeiro, Brazil nanti," katanya. Dalam perkemb...

Uber Cub: Malaysian squad Can Spring A Surprise - Ahmad Shabery

KUALA LUMPUR, April 29 (Bernama) -- Youth and Sports Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek remains confident that the national Uber Cup squad can spring a surprise when Malaysia hosts the Thomas and Uber Cup finals at the Putra Stadium in Bukit Jalil from May 9-16. He said despite not being the favourite, the women's team was able to surprise everyone by winning the gold medal at the Laos SEA Games. "I am confident they (Uber Cup team) will be able to produce a similar surprise. Not only are they capable of reaching the semi-final, they can go further," he told reporters after having lunch with national shuttlers here Thursday. National badminton Team manager Datuk Syed Abu Bakar Abdullah who echoed the minister's confidence said: "In Laos, nobody expected the women's team to win the world, so why not the Uber Cup? All they need to do is try their very best." Women's team captain Wong Pei Tty said she and her team-mates have set a target of r...