Skip to main content

Usaha KOM selamatkan karier Mohd. Yunus

KUALA LUMPUR - Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) bakal mengemukakan rayuan kepada Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) bagi meringankan hukuman terhadap atletnya Mohd. Yunus Lasalleh yang didapati positif doping pada Sukan SEA XXVI.

Presiden KOM, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, rayuan akan kemukakan kerana Mohd. Yunus mempunyai prestasi yang baik dalam sukan olahraga.
Kata Shahidan, KOM sedang menunggu keputusan daripada IAAF berhubung hukuman yang bakal dikenakan kepada atlet tersebut.

"Kita telah memperoleh keputusan bahawa Mohd. Yunus memang positif doping dan kita masih menunggu tempoh hukuman pengantungan yang bakal dikenakan.

"Hukuman boleh dilaksanakan oleh IAAF sendiri atau dengan cara mengarahkan KOM untuk mengantung atlet terlibat.

"Selalunya hukuman kesalahan seperti ini digantung dua tahun. Kita akan merayu agar hukuman yang dikenakan kepada Yunus diringankan. ," kata Shahidan selepas mempengerusikan Mesyuarat Kejurulatihan KOM, di sini, semalam.

Mohd. Yunus yang memembantu kuartet 4x400m memenangi emas Sukan SEA XXVI, disahkan positif doping oleh Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Indonesia (Inasoc).

Pingat emas yang dimenangi Mohd. Yunus bersama gandingan Sehzuan Ahmad Rosely, P. Yuvaraaj dan S. Kannathasan di Palembang ditarik balik selepas Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) mendapati atlet tersebut bersalah mengunakan bahan terlarang semasa pertandingan.

Sementara itu, Shahidan turut menjawab isu pemilihan dua atlet olahraga ke Sukan Olimpik, London 2012 iaitu jaguh lompat tinggi negara, Lee Hup Wei dan ratu 400m lari berpagar, Noraseela Khalid.
Menurutnya, pemilihan mereka dibuat mengikuti ranking IAAF.

"Perkara ini bukan isu kerana pemilihan dibuat mengikut kedudukan ranking IAAF sebelum 15 Jun dan selepas 15 Jun kita hanya boleh membuat pertukaran untuk atlet yang melepasi kelayakan sahaja.
"Kita juga perlu terima hakikat bahawa pemilihan ini berdasarkan kepada tiket wildcard dan sesiapa yang mahu mengeluarkan kenyataan berhubung perkara ini perlu mempunyai statistik daripada IAAF," katanya.



- UTUSAN

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...