Skip to main content

Adik beradik Yoong harum nama negara

 
Phillipa Yoong (kiri) dan Aaliyah (didukung oleh Alexander Yoong) mengharumkan nama negara pada Kejohanan Ski Air Asia IWWF di Korea Selatan, semalam. 
 
KUALA LUMPUR - Adik beradik Yoong, Phillipa dan Aaliyah meneruskan kejaguhan mereka di pentas antarabangsa dengan kejayaan terbaru meraih emas pada Kejohanan Ski Air Asia IWWF yang berakhir di Chuncheon, Korea Selatan, semalam.

Kakak, Phillipa menjuarai acara slalom terbuka wanita manakala adiknya, Aaliyah, si cilik berusia sembilan tahun, tidak mahu ketinggalan meraih emas dengan memenangi acara tricks bagi kategori Bawah17 tahun.

Phillipa, ibu kepada dua anak itu, menewaskan dua pencabarnya, Yoo Ji-young dari Korea Selatan dan Saaya Hirosawa dari Jepun, sekali gus mempertahankan gelaran miliknya pada edisi tahun lalu.
Kehebatan Phillipa pada usia 34 tahun sememangnya menakjubkan mengambil kira dia keluar daripada persaraan dua tahun lalu.

Tahun lalu, dia bergabung tenaga dengan Aaliyah dan abangnya, bekas pemandu Formula Satu (F1) negara, Alexander, membantu Malaysia menokok empat emas dalam sukan air di Sukan SEA Indonesia.
Aaliyah, memenangi acaranya dengan kutipan 3,230 mata iaitu satu rekod Bawah 17 Asia baru, namun yang lebih bermakna untuknya pada kejohanan kali ini ialah pingat gangsa dalam acara tricks terbuka yang menyaksikan dia mencatat 4,220 mata untuk memecahkan rekod terdahulu miliknya sendiri iaitu 4,000 mata.

Alexander juga bertanding dalam slalom dan jump lelaki dan berjaya memperbaiki kedudukan dari tangga kelima dua tahun lalu kepada posisi keempat kali ini, di belakang Jepun, Korea Selatan dan China.


- UTUSAN

Comments

Popular posts from this blog

Rajagobal Let Off The Hook

PETALING JAYA, April 24 (Bernama) -- National head coach Datuk K. Rajagobal was let off the hook by the Football Association of Malaysia's (FAM) Disciplinary Committee after finding no evidence that he had violated FAM's Article 88, as claimed. FAM Disciplinary Committee chairman Datuk Taufik Abdul Razak said the committee had decided not to charge Rajagobal after carefully analysing the video of the post-match press conference by the 56-year-old coach. "After listening to the recording of the post-match press conference, we decided to drop the charge against Rajagopal as he did not make such a statement. "Maybe his (Rajagobal) assessment and comments of the match was misconstrued by the media. There was no mention of the FAM policy throughout his comments," said Taufik after emerging from a three-hour Disciplinary Committee meeting at Wisma FAM in Kelana Jaya, here, Wednesday. Rajagobal who does not mince his words when asked to com...

Atlet Tempuhi Empat Kejohanan Besar Sebelum Olimpik Rio 2016

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Empat temasya sukan penting yang dijadual berlangsung mulai Disember ini hingga 2015 menjadi medan persiapan atlet negara sebelum menghadapi cabaran Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Jumaati. Kejohanan berkenaan ialah Sukan SEA di Myanmar pada Disember, Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan, Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland dan Sukan SEA 2015 di Singapura. Bercakap kepada pemberita selepas melawat Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil di sini, Khairy berkata kesemua temasya sukan itu dilihat amat penting dalam memastikan impian negara untuk membawa pulang pingat emas Olimpik pertama menjadi kenyataan. "Kita di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahupun MSN akan memastikan semua atlet mendapat bantuan sewajarnya dalam melakukan persiapan ke arah membawa pulang pingat emas pertama negara di Rio de Janeiro, Brazil nanti," katanya. Dalam perkemb...

Uber Cub: Malaysian squad Can Spring A Surprise - Ahmad Shabery

KUALA LUMPUR, April 29 (Bernama) -- Youth and Sports Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek remains confident that the national Uber Cup squad can spring a surprise when Malaysia hosts the Thomas and Uber Cup finals at the Putra Stadium in Bukit Jalil from May 9-16. He said despite not being the favourite, the women's team was able to surprise everyone by winning the gold medal at the Laos SEA Games. "I am confident they (Uber Cup team) will be able to produce a similar surprise. Not only are they capable of reaching the semi-final, they can go further," he told reporters after having lunch with national shuttlers here Thursday. National badminton Team manager Datuk Syed Abu Bakar Abdullah who echoed the minister's confidence said: "In Laos, nobody expected the women's team to win the world, so why not the Uber Cup? All they need to do is try their very best." Women's team captain Wong Pei Tty said she and her team-mates have set a target of r...