Skip to main content

Cabaran CEO baru angkat tahap kemampuan Institut Sukan Negara

Saya diberi maklumat mengenai konsep ISN ini oleh Ketua Pengarah MSN ketika itu, Datuk Noh Abdullah sebagai panduan.

Urusan pengambilan tanah untuk tapak ISN di Bukit Jalil pun dimulakan oleh Pejabat Tanah Kuala Lumpur. Akhirnya tanah seluas 80 hektar diambil balik dan pampasan kepada tuan punya tanah yang dibayar oleh KBS berjumlah lebih kurang RM 24 juta.

Daripada dokumen yang saya perolehi menunjukkan bahawa idea membina sebuah ISN telah lama dibincangkan sebelum ini.

Tapak yang dicadangkan pada awalnya adalah di sekitar Bukit Kiara di mana Kelab Golf Perkhidmatan Awam dan Kelab Golf Kuala Lumpur berada sekarang ini.

Oleh yang demikian kita bolehlah membuat kesimpulan bahawa pemikiran pemimpin kita pada waktu itu sudah pun nampak akan kepentingan sebuah institut yang boleh membantu kemajuan sukan negara dibina.

Bantuan kepakaran dari negara Jerman Barat telah didapatkan dan dua orang pakar datang untuk mengkaji kemungkinan pembinaan sebuah institut sukan di negara ini.

Oleh kerana saya dipertanggungjawabkan dengan ISN, maka saya merupakan pegawai tempatan kepada dua orang pakar tersebut.

Akhirnya kajian tersebut selesai dan diserahkan kepada KBS dan kajian berkenaan menyokong wujudnya sebuah institut sukan.

Semasa mengumpul maklumat inilah saya mendapat tahu bahawa cadangan pembinaan Sekolah Sukan di kawasan Gombak yang dianggarkan lebih kurang RM200 juta telah ditolak oleh agensi pusat. Sudah tentu ia ditolak kerana terlalu mahal.

Akhirnya sebuah kompleks yang mengandungi bangunan pejabat MSN serta ISN dengan kemudahan latihan untuk atlet dibina dengan peruntukan kerajaan serta bantuan awal daripada Lembaga Totalisator sebanyak RM 50 juta.

MSN berpindah ke bangunan baru pada awal tahun 1996 dan ISN berpindah dari Stadium Jalan Raja Muda ke premis yang jauh lebih baik pada tarikh yang sama juga.

Kompleks Sukan Bukit Jalil menjadi penting oleh kerana negara kita memenangi hak menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 98.

Kementerian Pelajaran telah ditawarkan tapak seluas lebih kurang 15 ekar untuk membina sekolah sukan yang ditolak sebelum ini.

Akhirnya KPM bersetuju untuk membina sekolah sukan yang pertama di Bukit Jalil dengan jaminan bahawa murid-murid di sekolah berkenaan boleh menggunakan kemudahan yang ada di MSN oleh kerana tapak untuk sekolah berkenaan tidak mencukupi untuk membina kemudahan sukan.

SSBJ pun mula mengambil murid pada tahun 1996 juga. Ternyatalah kedudukan MSN, ISN dan SSBJ menjadi begitu penting kepada pembangunan sukan negara.

Tanpa SSBJ program memajukan atlet elit di kalangan murid sekolah akan menghadapi masalah.

SSBJ pun mengeluarkan belanja untuk setiap murid yang berada di sekolah tersebut meskipun ada sebilangan muridnya mengikuti program anjuran MSN atau persatuan sukan.

Kedudukan yang strategik bagi MSN, ISN dan SSBJ ini mestilah digunakan dengan berkesan.

Oleh yang demikian dari masa ke semasa peranan ketiga-tiga agensi ini perlulah dilihat dan dinilai semula supaya menepati dengan kehendak dan keperluan masakini dan masa hadapan.

SSBJ mestilah tidak dilihat sebagai tempat yang paling mudah untuk meletakkan atlet murid bagi persatuan sukan tertentu tanpa mengira atlet muda berkenaan merupakan murid sekolah dan perlu melakukan sebahagian daripada aktiviti harian mereka sebagai murid sekolah.

ISN telah mendapat CEO yang baru. Perubahan kepada peneraju satu-satu organisasi baik dalam sektor kerajaan atau sektor swasta adalah merupakan perkara biasa.

Yang lebih kerap menukar CEO adalah sektor swasta kerana mereka mempunyai KPI yang amat jelas dan kegagalan dalam mencapai KPI tersebut memerlukan rombakan kepimpinan.
Ia jarang berlaku dalam sektor awam.

Ahmad Shapawi telah diberi kepercayaan oleh Menteri Belia dan Sukan untuk menerajui ISN untuk tempoh satu tahun.

Kalau dilihat tempoh tersebut amat singkat untuk melakukan satu-satu perubahan yang ketara tetapi saya percaya beliau dapat menggariskan tindakan-tindakan yang perlu dilaksanakan dan melaksanakan tindakan yang boleh dilakukan segera.

Perubahan yang efektif mesti dilakukan supaya ISN dapat menjadi sebuah institusi yang mempunyai peranan yang bermakna dalam kemajuan sukan negara. Itulah hasrat kepada idea menubuhkan sebuah institut sukan di negara ini.

ISN mestilah dilihat lebih dari sebuah institusi yang hanya merawat atlet yang cedera sahaja.
ISN boleh belajar dari institut sukan yang berjaya dari negara lain tanpa perlu mencipta atau mencari hala-tuju yang baru.

Saya telah mengemukakan beberapa cadangan untuk mengangkat ISN ke tahap yang lebih tinggi.
Sebagai permulaan Ahmad Shapawi perlu mengetahui apa yang ada di ISN sekarang ini dari kaca mata orang yang tahu ataupun pakar sebuah institut sukan.

Setelah mengetahui di tahap mana ISN berada maka barulah tindakan susulan yang diperlukan boleh dilaksanakan tanpa meraba-raba dari mana perlu dimulakan.

Tidak salah kalau kita mengambil tenaga pakar dalam bidang-bidang tertentu dari luar untuk menaikkan tahap kemampuan ISN.

Idea bekerjasama dengan IPT tempatan dan hospital tempatan yang mempunyai kepakaran tertentu mestilah dilaksanakan dan bukan lagi sebagai dasar yang diabaikan.

Geran penyelidikan untuk perkara yang penting dalam pembangunan sukan negara mestilah disediakan supaya kajian-kajian ini dapat menolong kita meningkatkan prestasi atlet yang menjadi lambang kepada kejayaan atau kegagalan sukan antarabangsa kita.

Geran ini akan menyuburkan budaya penyelidikan ilmiah dalam bidang sukan.
Pejabat yang besar bukan ukuran hasil kerja yang berkualiti. Kunjungan ke luar negara bukan juga jaminan mutu kerja yang hebat.

Saya percaya Ahmad Shapawi akan melakukan yang terbaik kerana beliau diberi peluang oleh Menteri yang bertanggungjawab yang juga ingin melihat ISN melangkah ke tahap yang disegani.

Apa pun peranan Ahmad Shapawi amat kritikal dalam menentukan ISN menuju ke tahap yang kita semua kehendaki.



Pendapat Saya - Datuk Wira Mazlan Ahmad - UTUSAN

Comments

Popular posts from this blog

Ex-coach's jail sentence cut to a year

PUTRAJAYA: The Court of Appeal yesterday sentenced former athletics coach C. Ramanathan to 12 months' jail for molesting two junior athletes 19 years ago. A three-man bench led by Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus unanimously dismissed Ramanathan's appeal against conviction, but varied the jail sentence of four years to a year, which was to run concurrently. Following yesterday's ruling, Ramanathan, 75, a former teacher, walked out a free man as he had served 10 months in Kajang Prison. Convicts get one-third remission for good behaviour while in prison. However, he will lose his pension. Hishamudin, who sat with Datuk Abdul Wahab Patail and Datuk Linton Albert, said the court found no merit to overturn the conviction. "However, in reducing the sentence, we considered Ramanathan's age and the long years the appeal has taken." Deputy public prosecutor Awang Armadajaya Awang Mahmud submitted that then High Court judge Tan Sri Abdull Hamid E...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...

Rajagobal Let Off The Hook

PETALING JAYA, April 24 (Bernama) -- National head coach Datuk K. Rajagobal was let off the hook by the Football Association of Malaysia's (FAM) Disciplinary Committee after finding no evidence that he had violated FAM's Article 88, as claimed. FAM Disciplinary Committee chairman Datuk Taufik Abdul Razak said the committee had decided not to charge Rajagobal after carefully analysing the video of the post-match press conference by the 56-year-old coach. "After listening to the recording of the post-match press conference, we decided to drop the charge against Rajagopal as he did not make such a statement. "Maybe his (Rajagobal) assessment and comments of the match was misconstrued by the media. There was no mention of the FAM policy throughout his comments," said Taufik after emerging from a three-hour Disciplinary Committee meeting at Wisma FAM in Kelana Jaya, here, Wednesday. Rajagobal who does not mince his words when asked to com...