Skip to main content

Masih aset olahraga

KUALA LUMPUR - Sungguhpun usianya semakin meningkat, ratu 400 meter lari berpagar negara Noraseela Khalid masih lagi menjadi pilihan utama untuk mewakili negara di rantau Asia Tenggara.
Itu tegas Naib Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Annamalai Ramasamy ketika diminta mengulas masa depan atlet tersebut.

Kata Annamalai, Noraseela yang bakal mencecah usia 33 tahun pada September ini masih lagi berupaya untuk menghadiahkan sesuatu buat negara pada kejohanan peringkat Asia Tenggara, malah setakat ini prestasi atlet tersebut belum dapat dicabar terutama pada Sukan SEA.
Bagaimanapun, Annamalai mengakui Noraseela sukar untuk memberikan saingan dalam usianya ketika ini pada temasya yang lebih besar.

"Tenaganya masih lagi kuat untuk mewakili negara, malah setakat ini belum ada atlet muda tempatan yang mampu menandinginya.

"Minggu depan kita akan adakan mesyuarat kejurulatihan dan kita akan bincang berhubung status atlet kebangsaan termasuk Noraseela untuk mewakili negara pada kejohanan yang akan datang," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Pada Sukan Olimpik London 2012 awal bulan ini, Noraseela hanya mampu beraksi pada peringkat saringan dengan masa 1 minit 16 saat, jauh daripada catatan rekod kebangsaan miliknya 56.02s.
Sementara itu, Annamalai berkata, ketika ini badan induk olahraga itu sedang berusaha untuk meningkatkan prestasi atlet pelapis acara 400 meter lari berpagar wanita bagi meneruskan kecemerlangan Noraseela.

"Kita akan cuba untuk melahirkan atlet yang cemerlang seperti Noraseela terutama atlet di peringkat pelapis.

"Mereka ini bakal membawa cabaran negara sekali gus diharap mampu meraih kecemerlangan pada kejohanan yang disertai," kata Annamalai.


- UTUSAN

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...