Skip to main content

MHC serah nasib pada Revington

KUALA LUMPUR - Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) menyerah masa depan skuad hoki kebangsaan kepada jurulatih baru dari Afrika Selatan, Paul Revington untuk merawat kekecewaan gagal ke Sukan Olimpik London 2012.

Setiausaha Agung MHC, Mohd. Johari Abdul Aziz berkata, Revington bakal memikul tanggungjawab besar membimbing skuad kebangsaan ke tahap yang lebih baik bermula tahun ini.
Menurutnya, tugasan utama Revington adalah mempersiapkan skuad kebangsaan untuk dua kejohanan penting iaitu Cabaran Juara-Juara 1 di Quilmes, Argentina November ini dan Piala Kejuaraan Enam Negara Asia di Doha, Disember ini.

Liga Hoki Malaysia (TNB-MHL) 2012 (1-10 September) dan Piala Razak (14-23 Oktober) bakal menjadi medan Revington menilai prestasi pemain untuk membentuk skuad kebangsaan.
"Esok (hari ini) Revington akan diperkenalkan kepada media buat kali pertama. Ia adalah peluang terbaik untuk bertanya kepada dia tentang perancangannya.

"Bagaimana dia mahu mencorak skuad kebangsaan selepas ini, itu semua terserah kepadanya dan kita harap yang terbaik daripadanya," katanya di sini, semalam.

Revington tiba di Malaysia bersama pembantunya, bekas pemain kebangsaan Arul Selvaraj awal bulan ini untuk menggantikan bekas jurulatih, Tai Beng Hai.

Revington dan Arul pernah bekerjasama mengendalikan skuad Afrika Selatan selama tiga tahun dan membawa pasukan itu menduduki ranking ke-10 dunia serta layak ke Sukan Olimpik 2004 Athens, Piala Dunia dan Sukan Komanwel 2006.

Mereka kemudian membimbing Ireland pada 2008 dengan misi membawa pasukan tersebut layak ke Sukan Olimpik 2012, namun kekalahan kepada Korea Selatan pada final kelayakan di Dublin, Mac lepas memaksa Revington melepaskan tugasnya.

Untuk rekod, skuad negara pernah dibimbing jurulatih asing seperti Terry Walsh (Australia) 1990-1993, Volker Knapp (Jerman) 1993-1998 dan Paul Lissek (Jerman) 2000-2003.

Selepas 2003, Malaysia menggunakan jurulatih tempatan iaitu Wallace Tan, Sarjit Singh, Beng Hai dan Stephen van Huizen.

Beng Hai mula mengendali skuad negara pada 2009 sebelum tempatnya diambil alih oleh van Huizen setahun kemudian.

Beng Hai kembali membimbing skuad negara mulai tahun lalu.



Oleh ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...