Skip to main content

Sandaran Emas Pertama Malaysia Di Brazil Masih Di Bahu Atlet Senior?


KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) -- Sukan Olimpik di Rio De Janeiro, Brazil akan berlangsung empat tahun akan datang dan jika dilihat barisan atlet negara kini, sandaran pingat emas pertama Malaysia pada temasya itu masih bergantung kepada atlet senior.

Kudrat Datuk Lee Chong Wei dalam acara badminton, Pandelela Rinong Anak Pamg (terjun) dan Mohd Azizulhasni Awang (berbasikal) terus ditagih bagi merealisasikan harapan 28 juta rakyat Malaysia untuk mendengar lagu Negaraku berkumandang buat pertama kali di venue Olimpik.

Selain tiga sukan elit itu, mungkinkah sejarah bakal tercipta di Brazil sebagaimana kemunculan 'mengejut' atlet lawan pedang, Yu Peng Kean serta perenang marathon, Heidi Gan di temasya London baru-baru ini, walaupun kedua-dua mereka gagal menyumbangkan pingat kepada Malaysia.

Tempoh empat tahun bukannya terlalu lama untuk mencongak impian emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik kerana sejarah membuktikan, pemenang pingat pada temasya terbesar sukan dunia itu bukan dilahirkan dalam tempoh yang singkat.

Misalnya, manusia terpantas di dunia, Usain Bolt dari Jamaica yang sehingga kini sudah meraih enam pingat emas di Olimpik serta lima kali juara dunia, telah beraksi di pelbagai peringkat kejohanan sebelum menjadi ikon Olimpik.

Bermula dengan Kejohanan Olahraga Remaja Amerika Tengah dan Caribbean pada 2002, Bolt melangkah ke Kejohanan Remaja Dunia pada 2003 sebelum bertanding di peringkat lebih tinggi seperti Kejohanan Olahraga Dunia dan Kejohanan Dunia.

Ironinya, majoriti pemenang pingat Olimpik terlebih dahulu menempa nama di temasya seperti Sukan Komanwel, Sukan Asia serta pelbagai kejohanan antarabangsa seperti siri kejohanan dunia.

Mengambil kira senario di Malaysia, barisan atlet pelapis yang ada kini belum begitu menyerlah di pentas antarabangsa untuk segera diketengahkan di Brazil.

Mungkinkah senario di atas menggambarkan harapan emas negara di Brazil akan menerima nasib sama seperti di London apabila kontinjen negara hanya membawa pulang satu pingat perak menerusi Chong Wei (badminton) dan satu gangsa daripada Pandelela (terjun).

Atau, mungkinkah atlet yang bakal meraih emas pertama Malaysia di Olimpik masih berada di bangku sekolah atau belum dikenal pasti lagi?

Pengarah Cawangan Atlet Elit Majlis Sukan Negara (MSN) Ariffin Ghani, bagaimanapun optimis misi meraih emas pertama negara akan menjadi kenyataan di Brazil.

Katanya walaupun beberapa atlet senior seperti Leong Mun Yee (terjun), Yeoh Ken Nee (terjun) serta Chong Wei menyatakan hasrat bersara selepas edisi London, ramai lagi atlet mampu merealisasikan harapan emas negara di Brazil.

Beliau berkata atlet seperti Mohd Azizulhasni, Khairul Anuar Mohamad (memanah), Bryan Nickson Lomas (terjun) dan Pandelela masih muda tetapi telah melalui pengalaman beraksi di pentas sukan terbesar dunia.

"Namun terdapat pandangan sinikal sesetengah pihak, selepas seseorang atlet itu bertanding dalam dua edisi Olimpik, mereka dilabel sebagai veteran atau kuda tua," kata Ariffin.

Malaysia, beliau berkata bertuah kerana ramai atletnya yang menyerlah di peringkat usia muda untuk beraksi di pentas Olimpik dan pengalaman itu menjadikan mereka lebih matang ketika bertanding di temasya itu seterusnya.

Sebagai contoh, katanya Bryan Nickson mewakili Malaysia di Sukan Olimpik Athens pada 2004 pada usia 14 tahun dan kemudian beraksi di Beijing pada 2008 serta London dan masih mampu beraksi di Brazil, kelak.

Begitu juga, Khairul Anuar yang baru berusia 20 tahun dan Pandelela yang kini berumur 19 tahun.

Bagi acara menembak, selain Nur Suryani Mohd Taibi yang khidmatnya masih diperlukan di Brazil, seorang lagi penembak negara yang mampu menyerlah ialah Nur Ayuni Farhana Abdul Halim yang kini berusia 22 tahun.

Nama seperti Misbun Ramdan Misbun dan juara remaja dunia, Zulfadli Zulkifli juga hanya menunggu masa untuk menguasai arena badminton dunia.

Biar pun kedua-dua pemain itu kini tanpa gelaran juara, mereka sentiasa mempamerkan semangat juang tinggi ketika diberi peluang beraksi di pentas antarabangsa.

Pengarah Cawangan Pelapis MSN, Jefri Ngadirin berkata ramai atlet pelapis kini hanya menunggu masa untuk diserap ke Cawangan Atlet Elit sebelum beraksi di Olimpik.

Misalnya, beliau berkata tiga pelumba pelapis berbasikal negara yang beraksi di Kejohanan Trek Remaja Dunia di Invercargill, New Zealand pada minggu lepas mendapat 'restu' jurulatih negara John Beasley untuk diserap ke Cawangan Atlet Elit dan mengintai peluang bersaing di Brazil.

Beasley juga mahukan Malek Marcuss Maccrone, Muhd Firdaus Suardi dan Ummi Hamimah Mohamad ditempatkan bersama pelumba senior di Melbourne, Australia bagi terus mengasah bakat mereka.

Bagaimanapun, potensi sebenar untuk gambaran emas di Brazil hanya mampu dinilai selepas barisan atlet tersebut bertanding di Sukan Asia ke-17 di Incheon, Korea Selatan pada 2014.

Temasya di Incheon menyediakan pentas antarabangsa terbaik bagi atlet negara menyerlah dan dinilai bagi membolehkan mereka melayakkan diri ke temasya Olimpik Brazil.

Oleh Zulhilmi Supaat -- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...