Skip to main content

Sukan Paralimpik Penuh Berinspirasi Membuka Tirai


LONDON, 30 Ogos (Bernama) -- Langit di sekitar Stadium Olimpik di Stratford, yang terletak di London Timur, sekali lagi menjadi terang benderang oleh percikan pertunjukan bunga api yang menyerikan upacara perasmian Sukan Paralimpik Ke-14 pada Rabu.

Ratu England, Queen Elizabeth II merasmikan upacara penuh gilang gemilang itu bagi menandakan bermulanya persaingan mencipta kemegahan selama 11 hari oleh lebih 4,000 atlet kurang upaya dari 166 negara -- penyertaan paling ramai dalam sejarah sukan ini.

Upacara perasmian membuka tirainya pada pukul 8.30 malam (3.30 pagi waktu Malaysia).

Seramai 80,000 penonton yang membanjiri stadium itu terpukau oleh kehebatan dan keistimewaan persembahan yang dijayakan oleh 3,200 peserta.

Persembahan bertajuk "Enlightenment" itu diarahkan bersama Jenny Sealey dan Bradley Hemmings, yang telah berganding bahu menjayakan beberapa persembahan teater luar sejak sekian lama.

Antara detik yang menyentuh perasaan pada majlis itu ialah apabila ahli fizik dan pengarang terkenal Britain Prof Stephen Hawking, tampil untuk membaca sinopsis upacara berkenaan.

Hawking, 70, yang mengalami penyakit motor neurone, menjalani sebahagian besar usianya dengan berkerusi dan hanya mampu bertutur dengan bantuan komputer.

Pada 9 malam (4 pagi waktu Malaysia), anggota kontinjen dari 166 negara mula berarak masuk ke stadium mengikut susunan abjad ejaan nama negara masing-masing, bermula dengan Afghanistan.

Kontinjen Malaysia, yang dianggotai 23 atlet, 12 jurulatih dan enam pegawai pasukan, diketuai Chef-de-Mission Datuk Seri Zolkples Embong dan pembawa Jalur Gemilang Mohd Ziyad Zolkefli menyertai perbarisan itu pada 10 malam (5 pagi waktu Malaysia).

Mereka memakai pakaian yang hampir sama dengan yang digunakan anggota kontinjen Olimpik Malaysia.

Lelaki berpakaian baju Melayu berjalur kuning dan hitam, yang dipadankan dengan kot luar merah dan bertanjak, manakala wanita pula memakai kebaya dengan motif serupa dan berselendang merah.

Antara orang kenamaan Malaysia yang menyaksikan upacara itu ialah Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Razali Ibrahim, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom Datuk Seri Zakaria Sulong, Penaung Majlis Paralimpik Malaysia (MPC) Tun Jeanne Abdullah dan Presiden MPC Datuk Zainal Abu Zarin.

Pengerusi Jawatankausa Penganjur Olimpik London (LOGOC) Sebastian Coe dan Presiden Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) Sir Philip Craven mengalu-alukan kehadiran peserta ke temasya sukan ini.

Pemenang pingat emas acara renang kuak lentang S6 100m wanita Paralimpik Beijing Liz Johnson membaca ikrar bagi pihak atlet yang mengambil bahagian.

Selepas diarak sejauh 148km dalam tempoh semalaman oleh pelari 116 pasukan yang diwakili lima orang setiap pasukan, bermula dari tempat kelahiran Sukan Paralimpik di Stoke Mendiville, Obor Sukan Paralimpik akhirnya tiba di Olympic Stadium pada tengah malam (7 pagi waktu Malaysia).

Obor itu dibawa masuk ke stadium oleh triathlet paralimpik yang penuh bersemangat Joe Townsend, yang turun sambil melayah dari udara menggunakan kabel dari Arcelor Mittal Orbit dan menyerahkannya kepada pemain bola sepak cacat penglihatan David Clarke, yang kemudian membawanya ke arah kawah api.

Clarke menyerahkan obor itu kepada pembawa terakhir Margaret Maughan, pemenang pertama pingat emas pada Sukan Paralimpik pertama yang berlangsung di stadium Sukan Paralimpik pertama di Rome pada 1960, untuk menyalakan kawah api Sukan Paralimpik London.

Maka bermulalah persaingan melakar kemegahan oleh para atlet kurang upaya dari seluruh dunia.

Daripada Farhanah Azmi -- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...