Skip to main content

Terpulang kepada perwakilan KOM pilih pemimpin - Kok Chi



BERSIKAP berkecuali.

Itu pendirian Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yang mengamalkan dasar 'atas pagar' berhubung hasrat Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Seri Shahidan Kassim mempertahankan jawatan bulan depan.

Setiausaha Kehormat MOM, Datuk Sieh Kok Chi (gambar) berkata, pihaknya tidak berhak menyatakan pendirian berhubung perkara itu kerana tidak mahu mencampuri urusan mana-mana persatuan.

Menurut beliau, sebagai sebuah persatuan yang mengamalkan sikap demokrasi, terpulang kepada mana-mana persatuan termasuk KOM memilih presiden bagi menerajui pucuk pimpinan masing-masing.

"Terpulang kepada pengundi (dalam KOM), jika mereka rasa beliau (Shahidan) berhak mempertahankan jawatan, terpulanglah kerana MOM sentiasa menyokong penuh mana-mana individu yang dilantik," jelas Kok Chi kepada Kosmo! kelmarin.

Terdahulu, Shahidan yang secara terbuka mengakui bersedia sekiranya ada mana-mana individu berhasrat mencabar jawatan yang dipegangnya sejak 2006.

Shahidan sebelum ini didesak segelintir pemerhati sukan tempatan supaya mengundur diri ekoran prestasi 'suram' sukan olahraga dalam mana-mana temasya sukan termasuk yang terbaharu pada Olimpik 2012.

Ditanya mengenai kewajaran muka-muka baharu bagi mengembalikan semula sinar mana-mana persatuan termasuk KOM, Kok Chi menjelaskan, situasi tersebut sebenarnya bersifat subjektif.
"Jika ada mana-mana muka baharu yang yakin mampu membuat perubahan, mereka sepatutnya tampil ke depan.

"Cuma berdasarkan pemerhatian saya, majoriti daripada mereka dilihat seolah-olah tidak berminat kerana dikhuatiri takut tewas ataupun dikecam selepas mana-mana persatuan gagal.
"Situasi ini perlu diubah, jika tidak, apa jua baik buruk persatuan, mereka perlu diterima setiap ahli tidak kira sama ada pemimpin itu baharu atau lama," jelasnya.



Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...