Skip to main content

Cabaran kepemimpinan baru KOM

PERJALANAN pemilihan pucuk pimpinan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Ahad lalu diikuti rapat oleh semua jurulatih dan atlet kebangsaan. Ramai yang bertepuk tangan apabila melihat perubahan besar berlaku. 

Mulanya mereka menjangkakan hanya satu perubahan akan berlaku iaitu dalam jawatan Timbalan Presiden, yang melibatkan Datuk Karim Ibrahim tetapi akhirnya sesuatu yang lebih besar terjadi, Datuk Seri Shahidan Kassim yang telah menjadi Presiden selama dua penggal tumbang kepada Datuk Zainal Abidin Ahmad.

Banyak polemik dan politik berlaku sebelum dan ketika proses pemilihan berjalan. Penyokong calon A mengkritik calon B dan tiba-tiba tanpa disangka wujud pula kem C yang tidak diketahui. Politik KOM lebih hebat dari parti politik, semua orang mahu menjatuhkan orang lain, kononnya demi kepentingan olahraga.

Di pihak Shahidan, ada yang mengatakan bekas Menteri Besar Perlis itu tumbang kerana terdapat perwakilan yang membelot pada saat akhir. Mungkin dakwaan mereka benar, sebab itu Shahidan dilihat cukup kecewa hingga meninggalkan dewan pemilihan sejurus diumumkan beliau kalah dengan dua undi. Zainal melabelkan bekas Presiden itu sebagai tidak profesional.

Situasi agak tegang sejurus pemenang diumum, namun di sebalik ketegangan dan rasa tidak puas hati itu, hakikat yang harus disedari, ia sebenarnya adalah situasi menang-menang buat semua pihak.
Shahidan mungkin tumbang, namun kekalahan beliau tidak menamatkan perjuangan penyokongnya. Ini kerana misi utama kem Shahidan untuk menyingkirkan Karim sudah tercapai dan pemimpin yang mereka taja, Datuk Wan Hisham Wan Salleh memenangi jawatan Timbalan Presiden dengan 25 undi berbalas 19.

Selama ini Karim dianggap sebagai watak utama yang telah mencipta banyak kerosakan dalam KOM tetapi pada akhirnya Shahidan merupakan Presiden yang bertanggungjawab sepanjang perkara itu berlaku. Apa saja yang dibuat oleh Karim, akan berpatah balik kepada Shahidan. Itu yang menyebabkan kedua-dua mereka kalah dalam pemilihan kelmarin.

Mengapa Zainal dan Wan Hisham menang biarpun mewakili dua kem berbeza? Kedua-duanya tiada dalam KOM ketika segala kerosakan atau permasalahan berlaku, bermakna kedua-duanya adalah 'orang baru' walaupun Zainal sebenarnya muka lama di pentas olahraga negara.

Zainal, 71, pernah menjadi Naib Presiden KOM dari 1980-2001, malah pernah menjadi Setiausaha badan olahraga kebangsaan itu dari 1969-1972. Dia juga adalah pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan KOM dari 1979-1990, selain merupakan bekas atlet dari 1965 hingga 1968. Latar belakang Zainal ini dijadikan modal kempen oleh penyokongnya mengapa Presiden Persatuan Olahraga Amatur Negeri Sembilan itu layak menggantikan Shahidan.

Wan Hisham, 56, pula sudah tiga penggal meneraju sebuah persatuan olahraga paling berjaya di Malaysia iaitu Persatuan Olahraga Amatur Terengganu (POAT). POAT telah melahirkan ramai atlet yang hebat, malah tahun ini mereka sekali lagi muncul juara Sukan Malaysia.

Bekas juara berganda Sukan SEA, Nazmizan Muhammad, pemenang pingat emas 400m Sukan SEA 2009, Zafril Zuslaini, Zabidi Ahmad serta Zabidi Ghazali antara produk POAT yang berjaya. Dalam kata lain, latar belakang Wan Hisham cukup cemerlang dan melayakkan beliau menggantikan Karim.
Baik Zainal mahupun Wan Hisham memiliki kelebihan masing-masing sebagai pentadbir. Biarpun kedua-duanya berbeza kem ketika bertanding, namun perbezaan itu sepatutnya dibuang jauh-jauh jika mereka benar-benar mahu mengotakan janji untuk membersihkan olahraga negara dan mengembalikan zaman kegemilangannya.

Dua pimpinan tertinggi ini akan dibantu tiga orang lama KOM, Datuk Annamalai Ramasamy, K. Yogeswaran dan Datuk Mumtaz Jaafar, selain muka baru, Datuk Paiman Abdul Karim dari Sabah. Semua Naib Presiden ini juga datang dari kem berlainan, namun masing-masing punya latar belakang hebat dan membawa misi untuk melonjakkan olahraga.

Jika selama ini mereka sering mengatakan kerosakan telah berlaku dalam KOM, sekarang orang-orang yang dianggap sebagai perosak telah tiada. Jadi, kepemimpinan baru inilah yang bertanggungjawab merencanakan masa depan olahraga, bukan mengulangi kesilapan yang pernah dilakukan pemimpin terdahulu.

Ketepikan perbezaan pendapat, mereka sepatutnya berkongsi pengalaman, kepakaran dan kebolehan untuk menyelamatkan olahraga negara yang dalam keadaan tenat. Atlet dan jurulatih tidak minat berpolitik, mereka hanya mahu berlatih, bekerja dan seterusnya mencipta kejayaan.

Jadi, berikan mereka keperluan terbaik dan bantuan tanpa had. Wujudkan satu sistem yang dapat memastikan proses peralihan atlet pelapis ke elit dapat berjalan sempurna. Atlet mahukan lebih banyak pendedahan dan peluang pertandingan, KOM tidak boleh bergantung kepada Majlis Sukan Negara (MSN) semata-mata, mereka juga harus lebih aktif mencari penajaan.



Oleh NORZIE MOHD. KHASBI
norzie.khasbi@utusan.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...