RATU 400 meter lari berpagar negara, Noraseela Mohd. Khalid berharap agar kepimpinan baharu Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) tidak lagi menjadikan atlet sebagai mangsa.
Katanya, sebelum ini segelintir atlet olahraga negara kerap dijadikan seba- gai mangsa ekoran keputusan yang di- buat oleh pemimpin tertinggi dalam KOM.
"Sebagai atlet, kami tidak mahu dijadikan mangsa pemimpin-pemimpin dalam KOM.
"Sebagai contoh, dalam kes Mohd. Yunus Lasalleh yang didapati positif ujian antidoping ketika Sukan SEA 2011. Segala-galanya berpunca daripada pemimpin tertinggi KOM dan saya pasti semua orang tahu siapa individu itu.
"Jadi, saya tidak mahu perkara ini berulang kerana yang menderita adalah atlet itu sendiri. Macam kes Yunus, sehingga kini masih belum selesai lagi dan bakat yang ada padanya berkubur begitu sahaja," tegas Noraseela ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Ditanya sama ada petisyen yang dihantar oleh barisan jurulatih dan atlet olahraga negara telah memainkan peranan besar terhadap kejatuhan Datuk Karim Ibrahim selaku Timbalan Presi- den KOM, Noraseela berkata:
"Mungkin petisyen yang kami (juru- latih dan atlet olahraga) hantar telah memainkan peranan atas kekalahan Karim.
"Saya bukan sahaja mewakili atlet tetapi jurulatih berpuas hati dengan barisan kepimpinan baharu yang dipilih untuk menerajui KOM."
Kelmarin, Karim tewas di tangan pencabarnya iaitu Presiden Persatuan Olahraga Amatur Terengganu, Datuk Wan Hisham Wan Salleh bagi perebu- tan jawatan timbalan presiden pada pemilihan pucuk pimpinan sempena mesyuarat agung tahunan (AGM) KOM.
Selain Karim, kejutan juga berlaku bagi perebutan jawatan Presiden KOM apabila penyandang jawatan, Datuk Seri Shahidan Kassim turut tewas ditangan pencabarnya iaitu Presiden Persatuan Olahraga Amatur Negeri Sembilan (POANS), Datuk Zainal Abidin Ahmad.
"Saya sebenarnya terkejut apabila Shahidan tewas. Bagi saya Shahidan sudah memberikan yang terbaik seba- gai Presiden KOM.
"Lagipun, secara peribadi beliau telah banyak membantu saya tetapi keputusan telah dibuat dan kita perlu menerimanya. Mungkin perubahan akan membawa sinar baharu kepada KOM selepas ini."
KOSMO
Comments
Post a Comment