Skip to main content

Jangan tutup kes Karim - Hamberi

KUALA LUMPUR - Meskipun Datuk Karim Ibrahim tidak lagi berada dalam barisan kepimpinan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), namun badan induk olahraga kebangsaan itu digesa agar tidak menutup kes petisyen jurulatih dan atlet yang dibuat ke atas bekas Timbalan Presiden mereka itu. 

Petisyen yang ditandatangani 42 atlet dan 16 jurulatih kebangsaan itu telah diserahkan kepada bekas Presiden KOM, Datuk Seri Shahidan Kassim pada 13 Februari lalu. Antara kandungannya, Karim didakwa terlibat dalam dua kes doping melibatkan atlet negara.

Hasil daripada petisyen setebal 11 muka surat yang bertajuk 'Laporan dan Aduan Jurulatih dan Atlet Olahraga Kebangsaan kepada Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia KOM' itu, panel siasatan bebas yang dipengerusikan bekas hakim, Tan Sri V C George telah dibentuk.

Empat hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan, KOM berlangsung Ahad lalu, panel berkenaan menyerahkan laporan siasatan kepada Shahidan. Namun kerana kesuntukan masa, ahli majlis tidak sempat membincangkan tindakan susulan yang perlu diambil, manakala Karim pula bebas bertanding.
Begitupun pada akhirnya, pemimpin senior dari Melaka itu tewas kepada pendatang baru dari Terengganu, Datuk Wan Hisham Wan Salleh menerusi 19 undi berbalas 25.

Hamberi Mahat, antara jurulatih yang dipanggil sepanjang proses siasatan berjalan menegaskan, petisyen itu adalah suara jurulatih dan atlet kebangsaan yang teraniaya, justeru majlis KOM patut bertindak terhadap segala dakwaan yang diutarakan sekalipun subjek utama dalam pendakwaan tersebut sudah tidak memegang jawatan.

Begitupun Hamberi mengakui, beliau hanya mampu memberi pandangan peribadi kerana akhirnya ia tetap terpulang kepada kepimpinan baru KOM sama ada mahu mengambil tindakan atau menutup kes.
"Pada saya, majlis perlu mengambil tindakan terhadap petisyen itu kerana ia mewakili suara kami jurulatih dan atlet yang teraniaya.

"Namun, itu pandangan peribadi saya, terpulang kepada mereka sama ada mahu bertindak atau sebaliknya,'' ujar Hamberi.

Hamberi turut menambah, meskipun beliau difahamkan pendengaran kes petisyen itu menemui kegagalan atas sebab yang tidak diketahui, namun beliau yakin petisyen tersebut yang telah menjadi isu nasional antara penyebab utama jatuhnya era Karim dan Shahidan.

Beliau juga berharap, kehadiran dua pemimpin tertinggi baru dalam KOM, Datuk Zainal Abidin Ahmad dan Wan Hisham akan memperbetulkan langkah sukan olahraga yang sumbang sejak beberapa tahun ini.

"Memang sukar untuk membersihkan maruah negara yang tercalar ekoran beberapa kontroversi, malah tidak mudah hendak mengembalikan semula kegemilangan yang semakin pudar, tetapi yakinlah semangat dan kesungguhan jurulatih serta atlet negara sentiasa membara.

"Tanpa Karim, InsyaAllah walaupun sukar untuk bangkit dari zaman kejatuhan, saya yakin kami mampu.

"Kami dahagakan kejayaan, tunggulah Sukan SEA 2013 nanti, kami akan buktikan,'' kata bekas jaguh pecut negara itu lagi.



Oleh NORZIE MOHD. KHASBI
norzie.khasbi@utusan.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Sports press clippings on the 24 April 2008

Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...