Skip to main content

KOM mesti kerap turun padang

KUALA LUMPUR - Pucuk kepemimpinan baru Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) mungkin tidak punya banyak masa untuk berehat selepas memenangi pemilihan penuh kontroversi kelmarin, kerana mereka digesa agar turun padang dengan segera bagi melihat keperluan jurulatih dan atlet kebangsaan.
Dalam ucapan sejurus memenangi jawatan Presiden kelmarin, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, memenuhi keperluan atlet serta jurulatih kebangsaan merupakan agenda utama dalam usaha memartabatkan sukan olahraga negara.

Sekarang langkah harus dimulakan segera memandangkan musim 2013 tinggal tidak sampai tiga bulan untuk menutup tirai dan atlet negara kesuntukan masa untuk memulakan persiapan menghadapi Sukan SEA di Myanmar, tahun depan.

"Saya gembira melihat angin perubahan berlaku dalam KOM, malah saya tengok semua atlet kebangsaan dan rakan-rakan jurulatih juga menerima berita ini dengan begitu gembira, ia boleh dilihat dengan jelas pada status-status mereka di Facebook.

"Memang atlet dan jurulatih tidak pernah mencampuri urusan pentadbiran kerana kerja kami cuma di atas trek, namun kami juga memerlukan pentadbir yang boleh memahami keperluan kami. Jurulatih boleh membuat program dan atlet menjalankan tugas mereka berlatih, tetapi pada akhirnya perancangan kami hanya boleh dijalankan jika mendapat kelulusan daripada pihak pengurusan.

"Sebab itu saya harap pihak pengurusan yang baru dapat turun ke padang melihat sendiri apa keperluan atlet dan jurulatih. Kita mempunyai matlamat yang sama, menaikkan olahraga, jadi kita kena saling bekerjasama," kata jurulatih kebangsaan, Mohd. Man Sahar.

Man Sahar juga mengakui, kontroversi yang menyelubungi KOM selama ini turut tempias kepada atlet dan jurulatih. Banyak kali perbincangan yang sepatutnya diadakan jurulatih dan pegawai badan olahraga itu tidak dapat berlangsung kerana mereka sibuk dengan urusan-urusan lain.

"Kerja kami adalah buat pelan dan program untuk atlet, tetapi kami kena kembali kepada pihak pengurusan untuk membentangkan pelan. Namun, selalu perancangan tertangguh atau tidak dapat dijalankan, kerana pihak berkenaan membatalkan mesyuarat atau ada rancangan yang ditolak,'' ujarnya.
Sementara itu bekas ketua jurulatih kebangsaan, Harun Rasheed mengimpikan untuk melihat kegemilangan sukan olahraga negara pada 1980-an, 70-an dan 60-an diulangi di bawah kepemimpinan baru.

Tegasnya, KOM memerlukan pentadbir yang mampu merangka perancangan yang bagus dari peringkat akar umbi hingga ke elit dan harap gabungan Zainal dan Timbalan Presiden, Datuk Wan Hisham Wan Salleh mampu memberi sinar baru.

"Saya ucapkan tahniah kepada semua pemimpin yang terpilih. Ia angin perubahan yang saya anggap positif kerana menggabungkan pegawai-pegawai yang punya latar belakang hebat. Datuk Zainal bekas atlet dan pentadbir, Datuk Wan Hisham pula mengetuai Terengganu yang mempunyai program pembangunan atlet terbaik di negara ini.

"Saya harap, barisan kepimpinan baru ini akan membuat satu post-mortem untuk mengenal pasti apa yang tidak kena kepada olahraga kita hingga mengalami kemerosotan,katanya.

Dalam pada itu, jaguh lompat bergalah negara, Roslinda Samsu berkata, sebagai atlet dia hanya mahu keperluan latihannya dipenuhi untuk memberi keputusan maksimum dalam pertandingan, justeru adalah penting untuk KOM memiliki pentadbir yang boleh memahami kehendak atlet.

"Sebagai atlet tanggungjawab kami berlatih dan bertanding, tetapi kami memerlukan latihan terbaik jika mahu menghasilkan keputusan terbaik. Kadang kala, kami tidak dapat latihan yang terbaik ini kerana pihak pengurusan tidak memahami keperluan kami," katanya.




Oleh Norzie Mohd. Khasbi
norzie.khasbi@utusan.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...