Skip to main content

Pulih status olahraga

MUKA baru dalam Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) bukan penamat bagi segala kontroversi yang melanda kesatuan itu kerana begitu banyak persoalan perlu diselesaikan peneraju baru, Datuk Zainal Abidin Ahmad.

“Namun ini bukanlah masa untuk pihak yang kalah bertindak balas dan mereka yang tewas harus menerima dengan sikap terbuka,” kata Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong.

Pertelingkahan Zolkples dan bekas Timbalan KOM, Datuk Karim Ibrahim dikatakan banyak merencatkan pembangunan olahraga tanah air apabila sering tidak sependapat dan selepas ketiadaan individu itu, hubungan antara dua badan sukan negara dijangka kembali pulih.
Biarpun mengaku terkejut apabila jatuhnya regim kendalian bekas Presiden KOM, Datuk Seri Shahidan Kassim yang tewas dengan hanya dua undi, Zolkpels berkata, pihak yang tewas perlu menerima kekalahan kerana ia pilihan majoriti.

“Memang saya ada menerima SMS (khidmat pesanan ringkas) daripada segelintir atlet yang gembira dengan pucuk pimpinan baru tapi saya lihat perkara itu sebagai satu sinar baru dan berharap tiada lagi masalah timbul seperti sebelum ini. “Memang saya akui dalam mengendalikan 50 persatuan sukan, setiap persatuan mempunyai masalah berlainan.

“Bagi saya inilah masa sesuai untuk olahraga terus memandang ke depan kerana saya tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak.
“Banyak masa yang terbuang dan perkara itu perlu diteliti dan diperhalusi dengan segera demi pembangunan olahraga,” katanya yang yakin pucuk pimpinan baru mampu membawa angin perubahan kepada KOM berikutan tokoh yang dipilih mempunyai kelebihan masing-masing.

Mengulas sembilan pingat emas yang disasarkan Shahidan pada hari terakhir bergelar Presiden KOM, Zolkples berkata, perkara itu perlu dipandang dari sudut positif dan ia satu cabaran untuk mengembalikan olahraga sebagai penyumbang pingat emas utama terutama di Sukan Sea.

Bagaimanapun, beliau belum dapat mencongak daripada mana pingat itu akan dihasilkan kerana berdasarkan trek rekod sedia ada, negara masih lagi bergantung kepada atlet senior biarpun mengaku perkara itu bukan mustahil untuk dicapai. Kelmarin dalam Mesyuarat Agung Tahunan KOM, Shahidan gagal mempertahankan jawatannya untuk penggal ketiga apabila tewas kepada Zainal, 21-23 manakala bagi jawatan timbalan pula menyaksikan Karim kalah kepada Presiden Persatuan Olahraga Amatur Terengganu (POAT), Datuk Wan Hisham Wan Salleh 19-25.




Oleh Aida Adilah Mat
aida@hmetro.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...