Skip to main content

Shahidan: Laporan dakwaan terhadap Karim akan diputuskan selepas AGM

KUALA LUMPUR - Laporan membabitkan Timbalan Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Datuk Karim Ibrahim yang didakwa terlibat dalam kes enam atlet olahraga melarikan diri daripada ujian antidoping tahun lepas akan diputuskan oleh anggota majlis KOM selepas mesyuarat agung tahunan (AGM).

Presiden KOM Datuk Seri Shahidan Kassim berkata salinan laporan akan diberikan kepada anggota majlis KOM untuk diteliti sebelum dibincangkan seminggu selepas mesyuarat yang akan berlangsung esok di Dewan Komanwel, Majlis Sukan Negara di Bukit Jalil.

"Saya telah menerima laporan daripada Pengerusi Jawatankuasa Siasatan Datuk V.C George pada Khamis lepas. Laporan tersebut bukan muktamad kerana Anggota Majlis KOM akan putuskan tentang tindakan yang harus diambil, selepas itu baru kita bawa untuk penyataan umum.

"Perkara ini adalah melibatkan undang-undang dan masa depan seseorang. Perkara yang melibatkan undang-undang ini tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa. Laporan itu akan dibincangkan selepas mesyuarat agung esok, seminggu selepas itu kita akan bagi ruang dan peluang untuk membincangkannya lebih mendalam," katanya.

Shahidan berkata demikian kepada pemberita di pejabatnya di Bukit Jalil.

Pada 13 Feb lepas, jurulatih pecut negara, Hamberi Mahat yang mewakili 58 atlet dan jurulatih olahraga negara menghantar petisyen bertajuk 'Laporan dan aduan Jurulatih dan Atlet Olahraga Kebangsaan kepada Presiden KOM'.

Petisyen setebal 11 muka surat itu yang ditandatangani kesemua 58 atlet dan jurulatih, antara lain meminta Karim disingkirkan daripada jawatannya selain memuatkan aduan dan keluhan jurulatih tempatan mengenai dakwaan salah laku Karim.

Sehubungan itu, KOM telah menubuhkan sebuah jawatankuasa siasatan untuk mengkaji kes tersebut dan mereka memilih MOM untuk mengetuai jawatankuasa tersebut bagi memastikan ketelusan dalam proses siasatan.

MOM kemudian melantik George yang juga bekas Hakim Mahkamah Rayuan untuk mengetuai jawatankuasa berkenaan.

- Bernama

Comments

Popular posts from this blog

Rajagobal Let Off The Hook

PETALING JAYA, April 24 (Bernama) -- National head coach Datuk K. Rajagobal was let off the hook by the Football Association of Malaysia's (FAM) Disciplinary Committee after finding no evidence that he had violated FAM's Article 88, as claimed. FAM Disciplinary Committee chairman Datuk Taufik Abdul Razak said the committee had decided not to charge Rajagobal after carefully analysing the video of the post-match press conference by the 56-year-old coach. "After listening to the recording of the post-match press conference, we decided to drop the charge against Rajagopal as he did not make such a statement. "Maybe his (Rajagobal) assessment and comments of the match was misconstrued by the media. There was no mention of the FAM policy throughout his comments," said Taufik after emerging from a three-hour Disciplinary Committee meeting at Wisma FAM in Kelana Jaya, here, Wednesday. Rajagobal who does not mince his words when asked to com...

Atlet Tempuhi Empat Kejohanan Besar Sebelum Olimpik Rio 2016

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Empat temasya sukan penting yang dijadual berlangsung mulai Disember ini hingga 2015 menjadi medan persiapan atlet negara sebelum menghadapi cabaran Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Jumaati. Kejohanan berkenaan ialah Sukan SEA di Myanmar pada Disember, Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan, Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland dan Sukan SEA 2015 di Singapura. Bercakap kepada pemberita selepas melawat Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil di sini, Khairy berkata kesemua temasya sukan itu dilihat amat penting dalam memastikan impian negara untuk membawa pulang pingat emas Olimpik pertama menjadi kenyataan. "Kita di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahupun MSN akan memastikan semua atlet mendapat bantuan sewajarnya dalam melakukan persiapan ke arah membawa pulang pingat emas pertama negara di Rio de Janeiro, Brazil nanti," katanya. Dalam perkemb...

Ex-coach's jail sentence cut to a year

PUTRAJAYA: The Court of Appeal yesterday sentenced former athletics coach C. Ramanathan to 12 months' jail for molesting two junior athletes 19 years ago. A three-man bench led by Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus unanimously dismissed Ramanathan's appeal against conviction, but varied the jail sentence of four years to a year, which was to run concurrently. Following yesterday's ruling, Ramanathan, 75, a former teacher, walked out a free man as he had served 10 months in Kajang Prison. Convicts get one-third remission for good behaviour while in prison. However, he will lose his pension. Hishamudin, who sat with Datuk Abdul Wahab Patail and Datuk Linton Albert, said the court found no merit to overturn the conviction. "However, in reducing the sentence, we considered Ramanathan's age and the long years the appeal has taken." Deputy public prosecutor Awang Armadajaya Awang Mahmud submitted that then High Court judge Tan Sri Abdull Hamid E...