KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Selepas kecewa dengan persembahannya di Sukan Olimpik London, pelumba berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang mahu menumpukan kepada persiapan menghadapi Kejohanan Dunia Berbasikal Trek Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di Minsk, Belarus.
"Sebelum menghadapi Kejohanan Dunia, saya akan sertai Piala Dunia di Mexico untuk kumpul mata. Bagaimanapun, saya tidak letak sasaran tinggi di Piala Dunia," kata Mohd Azizulhasni pada sidang akhbar selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang peraduan "Olympic Games Spend & Win" anjuran Visa di Menara Maxis di sini, Jumaat.
Piala Dunia Berbasikal Trek UCI di Mexico dijadual berlangsung pada 17 hingga 19 Jan, manakala Kejohanan Dunia Berbasikal Trek UCI akan berlangsung pada 20 hingga 24 Feb tahun depan.
Pelumba berusia 24 tahun yang bakal menimang cahaya mata pertama dalam tempoh terdekat ini berkata beliau menjalani latihan harian seperti biasa selepas pulang dari London.
"Selepas Olimpik, saya ada dua tiga kali tengok balik video (perlumbaan akhir Keirin), saya rasa sedih. Kalau ikutkan hati, saya memang tidak mahu tengok balik video itu kerana saya memang ada peluang untuk menang tapi tidak ada rezeki walaupun telah cuba buat yang terbaik.
Comments
Post a Comment