Skip to main content

Peminat diminta padam akaun palsu Chong Wei

KUALA LUMPUR - Abang Datuk Lee Chong Wei, Lee Chong Hoon, semalam meminta orang ramai yang menggunakan nama jaguh badminton negara itu sebagai akaun mereka dalam rangkaian sosial supaya segera memadamnya atau bakal dikenakan tindakan.

Menurut Chong Hoon, kewujudan terlalu banyak akaun dalam Facebook atau Twitter yang menggunakan nama pemenang pingat perak Sukan Olimpik itu telah menimbulkan kekeliruan, terutama beberapa hari menjelang majlis perkahwinan Chong Wei dan Wong Mew Choo pada 9 serta 10 November ini.

"Ada antara peminat yang menjemput peminat lain untuk menghadiri majlis perkahwinan Chong Wei menggunakan akaun namanya di Facebook atau Twitter dan ini menimbulkan kekeliruan. Jemputan adalah terhad, kami bimbang jika ramai yang datang kerana menjangkakan mereka telah dijemput.

"Sudah tentu, Chong Wei juga mahu meraikan peminat-peminatnya dan sebab itu dia telah mengadakan satu peraduan khas, di mana pemenang akan dijemput menghadiri perkahwinannya.

"Namun, saya bimbang peminat tidak dapat membezakan yang mana satu akaun betul dan palsu,'' kata Chong Hoon pada sidang akhbar di Puchong, semalam.

Kata Chong Hoon, akaun asli juara All England dua kali itu dalam Facebook adalah Lee Chong Wei Official Fans Club.

Selain daripada akaun berkenaan, akaun wu yu neng bi turut menjadi rakan kongsi Chong Wei untuk mempromosikan majlis itu. Peminat yang mahu mendapatkan akses terus kepada rangkaian sosial jaguh badminton negara itu juga boleh memuat turun aplikasi apps di Android dan Iphone masing-masing.

"Kami akan mengadakan satu peraduan yang memerlukan peminat menulis kata-kata indah buat Chong Wei dan Mew Choo. Perkataan paling menarik akan dipilih sebagai pemenang," katanya.

- Utusan Melayu (M) Bhd

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...