PUTRAJAYA, 8 Okt (Bernama) -- Perselisihan yang dikatakan berlaku antara Majlis Sukan Negara (MSN) dengan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sebenarnya merupakan masalah individu yang terlibat dalam organisasi terbabit, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Justeru katanya, ia tidak seharusnya dilihat sebagai perbalahan antara dua institusi berkenaan.
"Saya lihat ini masalah individu, orang yang tertentu, bukannya organisasi," katanya mengulas mengenai perselisihan itu ketika ditemui pemberita di sini pada Isnin.
Industri sukan tanah air baru-baru ini gempar apabila Ketua Pengarah MSN Datuk Seri Zolkples Embong memfailkan notis tuntutan terhadap Setiausaha Kehormat MOM Datuk Sieh Kok Chi atas pertuduhan mempersoalkan kredibiliti dan peranan MSN dalam pembangunan sukan negara.
Notis itu meminta penjelasan tindakan Sieh yang
kredibiliti MSN
Olimpik 2012 London Ogos lalu, di mana MSN memilih ratu renang negara Pandelela Rinong manakala MOM mengatakan jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei atlet paling layak menggalas tugas itu.
-- BERNAMA
Comments
Post a Comment