Skip to main content

Malaysia Kalahkan Afrika Selatan Untuk Ke Separuh Akhir

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Skuad hoki negara menempah tempat ke separuh akhir kejohanan Cabaran Juara-Juara 1 di Quilmes, Argentina dengan mengalahkan Afrika Selatan 4-1 pada Khamis.

Malaysia mendahului seawal minit ketiga menerusi jaringan Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin, demikian menurut laman web kejohanan www.fih.ch.

Anak buah Paul Revington seterusnya melakukan jaringan kedua di minit ke-58 menerusi Faizal Saari.

Sementara Tengku Tajudin Abdul Jalil membuat jaringan ketiga di minit ke-56.

Seminit kemudian, Mohd Faizal sekali lagi membuat jaringan untuk Malaysia mendahului 4-0

-- BERNAMA

Comments