Skip to main content

Sejarah Hebat Akan Berulang Pada Piala AFF Suzuki 2012 ?

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Penyokong setia Harimau Malaya pastinya mengharapkan sejarah hebat berulang pada Piala AFF Suzuki 2012.

Selepas memperagakan aksi longlai apabila dimalukan Singapura 0-3 pada perlawanan pembukaan Ahad lepas, anak buah Datuk K Rajagobal bingkas bangkit dengan kemenangan bergaya mengalahkan Laos 4-1 semalam.

Kemenangan itu menghidupkan peluang Malaysia menempah tempat ke separuh akhir, namun ia bukan tugas mudah kerana terpaksa berdepan Indonesia yang turut mengharapkan tiga mata penuh pada aksi terakhir peringkat kumpulan B itu pada Sabtu ini.

Kebangkitan itu diharapkan dapat mengulangi skrip sama ketika edisi 2010 apabila skuad Harimau Malaya muncul juara.

Itulah impian jutaan peminat bola sepak Malaysia.

Pada edisi 2010, Malaysia terpaksa melaui laluan berliku sebelum bergelar juara apabila dibelasah Indonesia 5-1 pada perlawanan pembukaan dan kemudian seri tanpa jaringan menentang Thailand.

Ketika peluang Malaysia mara ke separuh akhir seperti sudah tertutup, mujur Indonesia muncul penyelamat apabila mengalahkan Thailand dan Malaysia pula menewaskan Laos 5-1 untuk menempatkan skuad Harimau Malaya dalam saingan kalah mati itu.

Di peringkat separuh akhir, Malaysia menampilkan aksi bertenaga apabila mengalahkan Vietnam 2-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil dan seri tanpa jaringan di tempat lawan, sekaligus memastikan aksi di perlawanan akhir.

Skuad Harimau Malaya terus menampilkan aksi terbaik di pentas final dengan kemenangan agregat 4-2 selepas membenam Indonesia 3-0 di sini, sebelum tewas tipis 1-2 di Jakarta.

Oleh itu, bukanlah mustahil sejarah akan berulang kali ini.

Malah, Rajagobal menerima kekalahan kepada Singapura dengan hati terbuka dan memberitahu wartawan pada sidang media selepas perlawanan itu bahawa sejarah AFF 2010 akan berulang dan mereka mampu mempertahankan kejuaraan tersebut.

Janji Rajagobal sudah ditepati semalam dan mereka perlu mengekalkan momentum itu apabila berdepan Indonesia Sabtu ini.

Percaturan Rajagobal, yang melakukan perubahan besar dalam skuad Harimau Malaya, ketika menentang Laos juga berhasil.

Mungkin eksperimen beliau sudah menemui formula terbaik untuk menterjemahkan aksi hebat dan kemenangan?

Membariskan Farizal Marlias selaku penjaga gawang, Mahali Jasuli, Shakir Shaari dan Wan Zack Haikal Wan Noor dalam kesebelasan utama ternyata memberi impak kepada skuad Harimau Malaya.

Apapun teori dan pandangan yang diberi, hanya kemenangan yang diinginkan terutama apabila berdepan Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Ayuh pemain, kembalikan semula semangat "HARIMAU MALAYA...kita boleh". Selamat berjuang kepada Harimau Malaya, kami sentiasa di belakang anda.

-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...