PETALING JAYA, 27 Nov (Bernama) -- Skuad bola sepak kebangsaan
berdepan laluan berliku pada perlawanan kedua Kumpulan B Piala AFF
Suzuki menentang Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok selepas
penyerang Norshahrul Idlan Talaha disahkan mengalami jangkitan kuman di
telinga.
Ketika mengesahkan perkara itu, Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya Datuk K Rajagobal berkata beliau tidak pasti sama ada mampu menurunkan penerima anugerah pemain paling bernilai tiga tahun berturut-turut tersebut pada perlawanan menentang Laos.
"Memang benar (Mat Yo) mengalami masalah kesihatan, dan saya tidak pasti sama ada dapat menurunkan beliau atau tidak, pada perlawanan esok.
"(Bagaimanapun), saya akan mendapatkan pengesahan daripada doktor pakar yang merawat beliau terlebih dahulu pada malam ini untuk mengetahui sama ada beliau boleh beraksi atau tidak," katanya kepada pemberita selepas sesi latihan skuad kebangsaan di Wisma FAM Kelana Jaya Selasa.
Malaysia, yang sebelum ini diaibkan 0-3 oleh Singapura pada perlawanan pembukaan Ahad lepas, perlu mencatat kemenangan dalam dua perlawanan berikutnya iaitu Laos esok dan Indonesia, Sabtu ini bagi mencerahkan peluang ke separuh akhir.

-- BERNAMA
Comments
Post a Comment