KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Pengurus pasukan negara Datuk Seri
Subahan Kamal mempertahan Datuk K. Rajagobal untuk kekal sebagai
jurulatih Harimau Malaya pada saingan Piala AFF Suzuki 2012.
Beliau berkata pada masa ini tidak timbul soal meminta pengendali berusia 56 tahun itu meletak jawatan berikutan prestasi hambar skuad Harimau Malaya ketika menentang Singapura dua hari lepas.
"Tidak pernah terlintas dalam fikiran saya ketika ini untuk meminta Rajagobal meletak jawatan atau menggugurkan mana-mana pemain kerana saya percaya kita mampu menepati sasaran mara ke separuh akhir.
"Saya yakin skuad Harimau Malaya mampu mencatat kemenangan pada perlawanan seterusnya," kata beliau kepada Bernama.
Para penyokong Harimau Malaya mula mempersoalkan kewibawaan Rajagobal apabila Malaysia diaibkan Singapura 0-3 pada perlawanan pembukaan kumpulan B Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad lepas.

-- BERNAMA
Comments
Post a Comment