KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Juara tiga kali Thailand menjadi
pasukan pertama menempah tiket ke separuh akhir Piala AFF Suzuki 2012
selepas membelasah Myanmar 4-0 pada perlawanan kedua Kumpulan A di
Stadium Rajamangala, Bangkok, Thailand Selasa malam.
Kemenangan kedua berturut-turut itu membolehkan Thailand selaku juara 1996, 2000 dan 2002 mengumpul enam mata keseluruhan untuk menerajui Kumpulan A.
Terdahulu dalam kumpulan yang sama, Filipina yang sebelum ini kalah 1-2 kepada Thailand pada perlawanan pembukaan Sabtu lepas kembali menghidupkan peluang ke separuh akhir selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Vietnam.
Thailand bakal menamatkan aksi Kumpulan A bertemu Vietnam manakala Filipina akan bertemu Myanmar Jumaat ini.
Perlawanan Thailand menentang Vietnam akan berlangsung di Stadium Rajamangala, Bangkok manakala perlawanan melibatkan Vietnam dan Filipina akan berlangsung di Stadium Muang Thong, Bangkok.

-- BERNAMA
Today, I went to the beachfront with my children. I found a sea shell and gave it to my 4 year old daughter and said "You can hear the ocean if you put this to your ear." She placed the shell to her ear
ReplyDeleteand screamed. There was a hermit crab inside and it pinched her ear.
She never wants to go back! LoL I know this is completely off topic but I had to tell someone!
Look into my website :: Free Iphone