Skip to main content

Malaysia bakal bergelar juara


PEMANAH lelaki dan wanita negara menguasai saingan acara berpasukan pada AUG 2012 semalam.


VIENTIANE, Laos - Kontinjen Malaysia semakin hampir untuk dinobatkan sebagai juara keseluruhan Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2012.

Selepas enam hari temasya edisi ke-16 itu berlangsung, kontinjen negara terus unggul selaku pendahulu carta pungutan pingat.

Setakat semalam, kontinjen negara berada di tangga teratas carta apabila mengumpul 49 pingat emas, 39 perak dan 49 gangsa diikuti Vietnam di tangga kedua dengan 44 emas, 26 perak dan 22 gangsa.
Tuan rumah, Laos pula menghuni tangga ketiga dengan mengumpul 29 pingat emas, 8 perak dan 31 gangsa.

Berbaki dua hari lagi sebelum temasya dwi tahunan itu menutup tirainya esok, kontinjen negara dijangka menambah koleksi pingat emas menerusi beberapa acara yang bakal berlangsung.
Sukan renang dan memanah yang akan beraksi untuk hari terakhir hari ini dijangka menjadi lubuk buat kontinjen negara bagi meraih pingat emas.

Pada hari keenam semalam, kontinjen negara cemerlang apabila berjaya melepasi sasaran baru iaitu sebanyak 45 pingat emas.

Ia merupakan sasaran terbaharu yang ditetapkan oleh ketua kontinjen Malaysia, Prof. Dr. Yahaya Ibrahim selepas kejayaan mencapai sasaran awal AUG kali ini iaitu sebanyak 36 pingat emas kelmarin.
Pada aksi semalam, renang terus membuktikan kehebatan apabila menyumbang enam pingat emas buat kontinjen negara.

Tidak ketinggalan, memanah yang meraih tiga pingat emas selain wushu yang menyumbang satu emas.
Jika berjaya bergelar juara keseluruhan pada AUG kali ini, ia adalah kali pertama direkodkan kontinjen negara sejak temasya itu diperkenalkan pada 1981 di Chiangmai, Thailand.

Dengan kejayaan sebangak 49 pingat emas semalam, ia merupakan pencapaian terbaik kontinjen Malaysia sepanjang menyertai AUG di luar negara.

Jumlah pingat emas itu mengatasi pencapaian terbaik sebelum ini yang direkodkan pada edisi ke-15 di Chiangmai, Thailand dua tahun lalu dengan 36 pingat emas.

- KOSMO

Comments

Popular posts from this blog

Rajagobal Let Off The Hook

PETALING JAYA, April 24 (Bernama) -- National head coach Datuk K. Rajagobal was let off the hook by the Football Association of Malaysia's (FAM) Disciplinary Committee after finding no evidence that he had violated FAM's Article 88, as claimed. FAM Disciplinary Committee chairman Datuk Taufik Abdul Razak said the committee had decided not to charge Rajagobal after carefully analysing the video of the post-match press conference by the 56-year-old coach. "After listening to the recording of the post-match press conference, we decided to drop the charge against Rajagopal as he did not make such a statement. "Maybe his (Rajagobal) assessment and comments of the match was misconstrued by the media. There was no mention of the FAM policy throughout his comments," said Taufik after emerging from a three-hour Disciplinary Committee meeting at Wisma FAM in Kelana Jaya, here, Wednesday. Rajagobal who does not mince his words when asked to com...

Atlet Tempuhi Empat Kejohanan Besar Sebelum Olimpik Rio 2016

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Empat temasya sukan penting yang dijadual berlangsung mulai Disember ini hingga 2015 menjadi medan persiapan atlet negara sebelum menghadapi cabaran Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Jumaati. Kejohanan berkenaan ialah Sukan SEA di Myanmar pada Disember, Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan, Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland dan Sukan SEA 2015 di Singapura. Bercakap kepada pemberita selepas melawat Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil di sini, Khairy berkata kesemua temasya sukan itu dilihat amat penting dalam memastikan impian negara untuk membawa pulang pingat emas Olimpik pertama menjadi kenyataan. "Kita di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahupun MSN akan memastikan semua atlet mendapat bantuan sewajarnya dalam melakukan persiapan ke arah membawa pulang pingat emas pertama negara di Rio de Janeiro, Brazil nanti," katanya. Dalam perkemb...

Uber Cub: Malaysian squad Can Spring A Surprise - Ahmad Shabery

KUALA LUMPUR, April 29 (Bernama) -- Youth and Sports Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek remains confident that the national Uber Cup squad can spring a surprise when Malaysia hosts the Thomas and Uber Cup finals at the Putra Stadium in Bukit Jalil from May 9-16. He said despite not being the favourite, the women's team was able to surprise everyone by winning the gold medal at the Laos SEA Games. "I am confident they (Uber Cup team) will be able to produce a similar surprise. Not only are they capable of reaching the semi-final, they can go further," he told reporters after having lunch with national shuttlers here Thursday. National badminton Team manager Datuk Syed Abu Bakar Abdullah who echoed the minister's confidence said: "In Laos, nobody expected the women's team to win the world, so why not the Uber Cup? All they need to do is try their very best." Women's team captain Wong Pei Tty said she and her team-mates have set a target of r...