Skip to main content

Pandelela warnai kejayaan atlet negara

KEJAYAAN demi kejayaan yang dicipta atlet negara dalam pelbagai acara sukan telah banyak menaikkan nama Malaysia di persada antarabangsa sepanjang tahun 2012.

Tidak kira pada peringkat mana sekali pun, atlet negara telah membuktikan kemampuan mereka bersaing bukan sahaja untuk kepuasan peribadi tetapi yang lebih penting bagi mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia.

Mewarnai pencapaian yang membanggakan rakyat Malaysia ialah pungutan satu pingat perak dan satu gangsa pada Sukan Olimpik 2012 di London menerusi Datuk Lee Chong Wei (badminton) dan Pandelela Rinong Pamg (terjun).

Biarpun tidak banyak kilauan pingat diraih atau sasaran pingat emas pertama Malaysia pada temasya sukan terbesar dunia itu tidak kesampaian, pencapaian tersebut adalah yang terbaik jika dibandingkan dengan temasya sebelum ini.

Ini kerana, pada temasya Olimpik empat tahun lepas di Beijing, China, Malaysia hanya meraih satu perak dan meskipun kejayaan kali ini menyamai pencapaian kontinjen negara pada edisi 1996 di Atlanta, namun ia diraih dalam dua acara berbeza.

Jadi, ia pencapaian di luar jangkaan kerana sejak atlet negara menyertai temasya tersebut pada 1956, hanya acara badminton yang menyumbangkan pingat buat Malaysia.

Malah, pencapaian menakjubkan Pandelela, gadis Bidayuh dari Bau, Sarawak yang mencipta sejarah apabila meraih pingat gangsa dalam acara terjun, menjadikannya atlet wanita pertama Malaysia merangkul pingat pada temasya Olimpik.

Sementara itu, pencapaian atlet paralimpik negara tidak kurang hebatnya apabila Malaysia memenangi sebutir pingat perak menerusi pemanah, Hasihin Sanawi dan satu gangsa menerusi Muhammad Ziyad dalam acara melontar peluru.

Kejayaan kontinjen Malaysia pada temasya Sukan Paralimpik 2012 di London itu adalah pencapaian terbaik atlet istimewa tersebut sejak mereka menyertai temasya berkenaan.

Jaguh badminton dunia, Chong Wei masih cemerlang di pentas antarabangsa walaupun dia gagal menterjemahkan emas pertama Malaysia pada Sukan Olimpik selepas tumpas kepada musuh ketatnya, Lin Dan dari China.

Kejayaannya merangkul beberapa gelaran sepanjang tahun ini meletakkan Chong Wei kekal sebagai pemain No. 1 dunia, sesuatu yang jarang dilakukan pemain Malaysia untuk memegang status itu bagi tempoh yang lama iaitu sejak 2008 walaupun adakalanya rankingnya jatuh tetapi kembali ke nombor satu.

Selepas mengecap pelbagai kejayaan dalam arena badminton, Chong Wei, 30, menamatkan zaman bujang dengan gadis pilihan hatinya yang juga bekas pemain wanita No. 1 negara, Wong Mew Choo selepas 11 tahun mengharungi pelbagai cabaran sebagai pasangan kekasih.

Mereka mula bersua muka ketika bersama-sama di kem badminton kebangsaan 2001 di Kuala Lumpur apabila menjadi pemain pelapis bagi skuad negara dan pada tarikh 9 November lepas, mereka disatukan sebagai suami isteri pada satu majlis yang disifatkan sebagai Wedding Of The Year.

Ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David juga terus memahat nama sebagai pemain 'luar biasa' dalam sukan skuasy apabila kekal sebagai pemain wanita No. 1 dunia, gelaran yang diraihnya sejak 2006.

Walaupun rankingnya ada kalanya jatuh, Nicol tetap unggul sebagai pemain skuasy wanita terbaik dunia dengan pelbagai gelaran juara dalam genggamannya tahun ini.

Malaysia juga boleh meletakkan harapan kepada pelumba Moto3 negara, Muhammad Zulfahmi Khairuddin untuk menaikkan nama Malaysia di gelanggang sukan pemotoran dunia apabila dia turun beraksi dalam saingan MotoGP 2013.

Kejayaan pelumba Air-Asia-SIC-Ajo itu meraih dua podium, masing- masing di GP Malaysia dan GP Valencia memperlihatkan dia antara pelumba yang perlu diberi perhatian dalam saingan MotoGP musim depan.

Ini terutamanya selepas dinobatkan sebagai 'Pelumba Paling Meningkat 2012' pemilihan untuk anugerah itu dilakukan oleh laman rasmi Kejuaraan MotoGP Dunia, www.motogp.com menerusi program pemilihan After the Flag setiap tahun.

Muhammad Zulfahmi bukan saja melakar kemenangan dengan meraih tempat kedua di Sepang dan ketiga di Valencia tetapi musim 2012 juga menyaksikan dia berjaya mencatat tiga masa terpantas di GP Belanda, GP Malaysia dan GP Valencia, sekali gus memberi gambaran betapa musim depan amat dinanti-nantikannya.

Kecemerlangan jaguh boling negara, Syafiq Ridhwan Abdul Malek menjulang kejuaraan Piala Dunia QubicaAMF di Wroclaw, Poland awal Disember ini pula melengkapkan koleksi gelaran utama pemain boling kebangsaan pada peringkat antarabangsa.

Sebelum ini, Malaysia pernah mengecapi kejayaan dalam semua saingan peringkat tertinggi termasuk Kejohanan Dunia, namun gelaran juara Piala Dunia tidak pernah terjangkau oleh mana-mana pemain negara.

Dalam arena sukan tempatan, saingan bola sepak Liga Malaysia mencetuskan fenomena baharu apabila Kelantan dinobatkan sebagai juara trebel.

Kelantan yang menjuarai Piala Malaysia 2012 selepas menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2-1 pada perlawanan akhir turut unggul sebagai juara Liga Super serta Piala FA dan kejayaan itu menyamai pencapaian Kedah yang melakukannya pada 2007 dan 2008.

Namun, kegagalan skuad Harimau Malaya mempertahankan kejuaraan bola sepak Piala Suzuki AFF 2012 apabila terkandas pada peringkat separuh akhir selepas tumpas kepada Thailand, ternyata mengecewakan peminat sukan tempatan.

Anak-anak buah Datuk K. Rajagobal itu gagal mengekalkan kejuaraan yang dimenangi mereka dua tahun lepas apabila tumpas 1-3 secara agregat kepada Thailand.

Meskipun pelbagai kejayaan dicipta, tahun 2012 juga tidak sunyi daripada kontroversi.

Pada April lepas, peminat bola sepak tanah air terutama penyokong Kelantan dikejutkan apabila Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa digantung dua setengah tahun.

Hukuman ke atas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan itu oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM kerana membuat kenyataan akhbar berbau negatif mengenai skuad bola sepak negara dan ini melanggar Artikel 88, Statut FAM edisi 2010-2014.

Penggantungan ke atas Annuar itu menjadikan beliau individu ketiga menjadi 'mangsa' hukuman FAM selepas dua bekas Naib Presiden FAM sebelum ini, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar dan Allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil yang digantung kerana mengkritik FAM.

Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) yang sering dilanda masalah terus mencetuskan kontroversi semasa proses pemilihan pucuk pimpinan baharunya pada September lepas.

Pada Mesyuarat Agung Tahunan KOM, Datuk Seri Shahidan Kassim gagal mempertahankan jawatan Presiden KOM apabila ia kini disandang Zainal Abidin manakala Timbalan Presiden KOM, Datuk Karim Ibrahim turut kecundang mengekalkan jawatan itu apabila ia kini dipegang Datuk Wan Hisyam Wan Salleh.

Dalam keghairahan negara meraih pengiktirafan dalam bidang sukan pada peringkat antarabangsa, Malaysia kehilangan beberapa tokoh sukan tersohor seperti Tan Sri Hamzah Abu Samah, Datuk Punch Gunalan dan legenda bola sepak negara, Tan Sri Abdul Ghani Minhat. - Bernama

Comments

  1. With havin so much written content do you ever run into any
    issues of plagorism or copyright infringement? My site has a
    lot of unique content I've either created myself or outsourced but it looks like a lot of it is popping it up all over the web without my permission. Do you know any solutions to help prevent content from being ripped off? I'd really appreciate it.
    Also visit my web-site ; http://cn.yeren7.cn/sitemaps/sitemap151.html

    ReplyDelete
  2. The only woman olympics Bronze Medal in the latest decade. She is really agi idup agi ngelaban. Power beb.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ex-coach's jail sentence cut to a year

PUTRAJAYA: The Court of Appeal yesterday sentenced former athletics coach C. Ramanathan to 12 months' jail for molesting two junior athletes 19 years ago. A three-man bench led by Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus unanimously dismissed Ramanathan's appeal against conviction, but varied the jail sentence of four years to a year, which was to run concurrently. Following yesterday's ruling, Ramanathan, 75, a former teacher, walked out a free man as he had served 10 months in Kajang Prison. Convicts get one-third remission for good behaviour while in prison. However, he will lose his pension. Hishamudin, who sat with Datuk Abdul Wahab Patail and Datuk Linton Albert, said the court found no merit to overturn the conviction. "However, in reducing the sentence, we considered Ramanathan's age and the long years the appeal has taken." Deputy public prosecutor Awang Armadajaya Awang Mahmud submitted that then High Court judge Tan Sri Abdull Hamid E...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...

Rajagobal Let Off The Hook

PETALING JAYA, April 24 (Bernama) -- National head coach Datuk K. Rajagobal was let off the hook by the Football Association of Malaysia's (FAM) Disciplinary Committee after finding no evidence that he had violated FAM's Article 88, as claimed. FAM Disciplinary Committee chairman Datuk Taufik Abdul Razak said the committee had decided not to charge Rajagobal after carefully analysing the video of the post-match press conference by the 56-year-old coach. "After listening to the recording of the post-match press conference, we decided to drop the charge against Rajagopal as he did not make such a statement. "Maybe his (Rajagobal) assessment and comments of the match was misconstrued by the media. There was no mention of the FAM policy throughout his comments," said Taufik after emerging from a three-hour Disciplinary Committee meeting at Wisma FAM in Kelana Jaya, here, Wednesday. Rajagobal who does not mince his words when asked to com...