Skip to main content

Chong Wei gesa BWF kaji jadual

Kuala Lumpur: Pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei menggesa Persekutuan Badminton Dunia (BWF) meneliti semula kalendar kejohanan badminton antarabangsa, apabila aksi Siri Super Terbuka Malaysia terencat kemeriahannya selepas ramai pemain menarik diri akibat demam.

“BWF perlu kaji semula kalendar pertandingan kerana hampir setiap bulan ada kejohanan, malah jarak antara Siri Super Final dengan kejohanan baru 2013 di Terbuka Korea tidak sampai sebulan,” kata pemenang pingat perak Olimpik London dan Beijing itu.

“Pemain tidak mendapat rehat mencukupi, akhirnya demam dan pelbagai alasan kesihatan timbul menyebabkan pemain menarik diri.
“Bagi saya, selepas November, semua kejohanan untuk tahun itu sepatutnya berakhir.” Semalam, Chong Wei tidak perlu turun ke gelanggang kerana lawannya Boonsak Ponsana dari Thailand menarik diri akibat demam.

Di suku akhir hari ini, Chong Wei akan berdepan Hu Yun dari Hong Kong.

Kelmarin, Taufik Hidayat dari Indonesia menarik diri hanya beberapa jam selepas menewaskan Nguyen Tien Minh dari Vietnam, sekali gus menyaksikan Liew Daren tidak perlu turun ke gelanggang semalam.
Gesaan Chong Wei itu ada benarnya kerana penonton yang membeli tiket pasti kecewa tidak dapat melihat bintang mereka beraksi.

Selain Boonsak, beregu lelaki negara Koo Kien Keat-Tan Boon Heong turut menarik diri kerana Boon Heong mengalami demam panas.

“Semalam lagi dia demam tapi mujur lawannya tidak mengheret perlawanan terlalu lama. Pagi tadi Boon Heong mengadu masih demam tapi saya minta dia berehat. “Namun dia masih tidak pulih pada jam 3 petang dan saya pula tidak mahu mengambil risiko dan membuat keputusan mereka menarik diri,” kata ketua jurulatih beregu Tan Kim Her.

Begitupun, penarikan diri Kien Keat-Boon Heong menjadi berita baik buat rakan senegara, Goh V Shem-Lim Khim Wah kerana kemaraan ke suku akhir akan mengangkat mereka ke ranking ke-21 dunia.

Malah jika mara ke separuh akhir, gandingan ini akan berada di kedudukan lebih baik sekali gus muncul beregu nombor tiga terbaik negara sekali gus mencerahkan peluang beraksi di Kejohanan Dunia pada Ogos.



Arena - Harian Metro

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...