Skip to main content

Chong Wei intai gelaran ke-10

Kuala Lumpur: Datuk Lee Chong Wei menyuarakan hasrat melengkapkan 10 gelaran Terbuka Malaysia tahun depan, selepas mencatat sejarah baru pemenang terbanyak kejohanan itu dengan sembilan gelaran semalam.
Pencapaian Chong Wei itu adalah yang terbaik mengatasi rekod Wong Peng Soon yang meraih gelaran kelapan pada 1952.

“Untuk meraih gelaran kesembilan bukan mudah, tekanan datang dalam diri sendiri,” kata Chong Wei selepas menewaskan pemain Indonesia, Sony Dwi Kuncoro 21-7, 21-8 dalam masa 32 minit di final di Stadium Putra, Bukit Jalil.
Pemain nombor satu dunia itu menjelaskan dia berjaya mengelak daripada tertekan selepas melihat tekanan itu hampir meragut impiannya pada separuh akhir menentang Jan O Jorgensen kelmarin.

“Hari ini saya memang berazam, walau apa Sony lakukan saya akan cuba kembalikan bulu tangkis.

“Saya melihat dia beraksi menentang Kenichi Tago semalam (kelmarin), saya faham apa yang perlu dilakukan untuk mengatasinya.

FotoCHONG Wei (kanan) mengalahkan pemain Indonesia, Sony 21-7, 21-8 pada perlawanan akhir Terbuka Malaysia, semalam.

“Selepas ini memang ada hasrat untuk gelaran ke-10 seperti kejuaraan GP Kebangsaan, tapi dua kejohanan ini jauh berbeza saingannya,” kata Chong Wei yang akan menyertai Siri Super Perdana Seluruh England Mac ini.

“Seluruh England lebih penting buat saya selepas ini kerana saingan yang datang hadir dari semua pemain terbaik dunia termasuk Lin Dan, jadi dapat mempertahankan dua kejuaraan Korea dan Malaysia adalah baik buat saya,” katanya yang mengakui isterinya Wong Mew Choo sedang mengandung.
“Kali pertama saya mengetahui keadaan isteri saya, memang saya gembira apa lagi usia saya bukan lagi muda,” kata Chong Wei yang enggan menentukan masa depan anaknya nanti, sama ada menjadi pemain badminton atau kerjaya lain.



HARIAN METRO

Comments

Popular posts from this blog

Rajagobal Let Off The Hook

PETALING JAYA, April 24 (Bernama) -- National head coach Datuk K. Rajagobal was let off the hook by the Football Association of Malaysia's (FAM) Disciplinary Committee after finding no evidence that he had violated FAM's Article 88, as claimed. FAM Disciplinary Committee chairman Datuk Taufik Abdul Razak said the committee had decided not to charge Rajagobal after carefully analysing the video of the post-match press conference by the 56-year-old coach. "After listening to the recording of the post-match press conference, we decided to drop the charge against Rajagopal as he did not make such a statement. "Maybe his (Rajagobal) assessment and comments of the match was misconstrued by the media. There was no mention of the FAM policy throughout his comments," said Taufik after emerging from a three-hour Disciplinary Committee meeting at Wisma FAM in Kelana Jaya, here, Wednesday. Rajagobal who does not mince his words when asked to com...

Atlet Tempuhi Empat Kejohanan Besar Sebelum Olimpik Rio 2016

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Empat temasya sukan penting yang dijadual berlangsung mulai Disember ini hingga 2015 menjadi medan persiapan atlet negara sebelum menghadapi cabaran Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Jumaati. Kejohanan berkenaan ialah Sukan SEA di Myanmar pada Disember, Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan, Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland dan Sukan SEA 2015 di Singapura. Bercakap kepada pemberita selepas melawat Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil di sini, Khairy berkata kesemua temasya sukan itu dilihat amat penting dalam memastikan impian negara untuk membawa pulang pingat emas Olimpik pertama menjadi kenyataan. "Kita di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahupun MSN akan memastikan semua atlet mendapat bantuan sewajarnya dalam melakukan persiapan ke arah membawa pulang pingat emas pertama negara di Rio de Janeiro, Brazil nanti," katanya. Dalam perkemb...

Uber Cub: Malaysian squad Can Spring A Surprise - Ahmad Shabery

KUALA LUMPUR, April 29 (Bernama) -- Youth and Sports Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek remains confident that the national Uber Cup squad can spring a surprise when Malaysia hosts the Thomas and Uber Cup finals at the Putra Stadium in Bukit Jalil from May 9-16. He said despite not being the favourite, the women's team was able to surprise everyone by winning the gold medal at the Laos SEA Games. "I am confident they (Uber Cup team) will be able to produce a similar surprise. Not only are they capable of reaching the semi-final, they can go further," he told reporters after having lunch with national shuttlers here Thursday. National badminton Team manager Datuk Syed Abu Bakar Abdullah who echoed the minister's confidence said: "In Laos, nobody expected the women's team to win the world, so why not the Uber Cup? All they need to do is try their very best." Women's team captain Wong Pei Tty said she and her team-mates have set a target of r...