Skip to main content

Chong Wei Sasar Rampas Gelaran All England Daripada Lin Dan


JUARA  Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menunjukkan pingat dan trofi yang dimenanginya selepas menewaskan pemain Indonesia, Sony Dwi Kuncoro pada peringkat akhir perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia Maybank 2013 di Stadium Putra Bukit Jalil di sini, hari ini. Chong Wei membawa pulang wang tunai USD30,000 serta trofi selepas menewaskan Sony Dwi Kuncoro dengan agregat 21-7, 21-8.
 

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Selepas muncul juara Terbuka Malaysia buat kali kesembilan, pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei kini menyasarkan untuk merampas kejuaraan Badminton All England tahun ini daripada musuh tradisinya, Lin Dan dari China.

Pada saingan All England tahun lepas, Chong Wei terpaksa memberi kemenangan percuma kepada pemain ranking ke-13 dunia itu selepas beliau mengalami kecederaan bahu pada set kedua.

Terdahulu, Chong Wei yang juga pilihan utama dan juara bertahan Terbuka Malaysia mudah mengenepikan pilihan kelapan dari Indonesia, Sony Dwi Kuncoro dengan kemenangan 21-7 dan 21-8 dalam masa 32 minit pada perlawanan akhir perseorangan lelaki.

"Di sini tiada pemain ternama yang memberikan saingan kepada saya dan Lin Dan mungkin akan beraksi pada All England Mac nanti...jadi ia merupakan satu cabaran sebenar buat saya.

"Saya harap mampu merampas kembali kejuaraan All England yang pernah saya menangi sebelum ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan itu di Stadium Putra, Bukit Jalil, di sini hari ini.

Mengulas mengenai kemenangannya untuk kali kesembilan, pemain berusia 30 tahun itu berterima kasih dengan kehadiran ramain penyokong tempatan yang memberi sokongan padu kepadanya sepanjang perlawanan hari ini.

Chong Wei sebelum ini muncul juara Terbuka Malaysia pada 2004, 2005, 2006, 2008, 2009, 2010, 2011 dan 2012.

Kemenangan kali kesembilan yang diraih Chong Wei itu membolehkan beliau memecah rekod lagenda badminton kebangsaan, Wong Peng Soon yang muncul juara sebanyak lapan kali iaitu pada 1940, 1941, 1947, 1949, 1950, 1951, 1952 dan 1953.

-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...