Skip to main content

‘Ini prosedur biasa’

Johor Bahru: Johor Bahru: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menafikan anggota dan Komando Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) ditugaskan mengawal keselamatan pada perlawanan antara Kelantan dan Johor Darul Takzim (DT) di Stadium Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan, Selasa lalu.
Tunku Ismail yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berkata, tentera lengkap bersenjata itu sebenarnya anggota Rejimen Ke-21 Gerup Gerak Khas (GGK) dari Kem Iskandar Mersing, Johor dan bukannya anggota JMF seperti didakwa sesetengah pihak.

Menjelaskan perkara itu, Tunku Ismail berkata, anggota terbabit sebenarnya ditugaskan untuk bersedia di stadium berikutan baginda dimaklumkan ayahandanya, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar akan berangkat untuk menyaksikan perlawanan itu.
“Kehadiran anggota komando adalah prosedur operasi standard (SOP) dan ia penting untuk memastikan keselamatan Sultan Johor yang juga Kolonel Kehormat Rejimen GGK terjamin setiap masa.

“Perkara ini bukan baru kerana dalam program besar seperti Kembara Mahkota Johor (KMJ), anggota komando turut bersiap sedia dan ditugaskan memastikan keselamatan Sultan Johor,” katanya pada sidang media di Istana Bukit Pelangi, semalam.

Sehubungan itu, Tunku Ismail menafikan JMF terbabit dalam tugasan mengawal keselamatan perlawanan di Kota Bharu, malam itu.
FotoTunku Mahkota Johor
Sebaliknya, Tunku Ismail menyifatkan penyokong pasukan Johor DT sebagai mangsa kekecohan di Kota Bharu yang berpunca daripada kegagalan Persatuan Bola Sepak Negeri Kelantan (KAFA) mengawal peminat mereka yang bertindak di luar batasan.

Beberapa persoalan juga timbul apabila anggota dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dikatakan tidak ditugaskan untuk mengawal keselamatan pada malam itu atau sebarang langkah keselamatan diambil KAFA untuk mengelak kejadian tidak diingini berlaku.
“Kami kecewa dengan apa berlaku kerana bukan saja lelaki tapi penyokong wanita dan kanak-kanak turut menjadi mangsa apabila terkena kayu, botol minuman dan botol kaca yang dibaling penyokong Kelantan. Ia membuktikan KAFA gagal mengawal penyokong mereka.

“Tindakan seperti itu tidak sepatutnya berlaku kerana sebelum ini perkara sama pernah beberapa kali berlaku. KAFA seharusnya mengambil tindakan tertentu untuk mengawal penyokong mereka daripada bertindak sedemikian.

“Surat rasmi berhubung kekecohan dan keselamatan di Kota Bharu sudah dihantar kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk tindakan selanjutnya.” Difahamkan atas sebab keselamatan, pemain Johor DT terpaksa menggunakan pintu belakang stadium dan dikawal polis bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini daripada berlaku. Bagaimanapun Tunku Ismail menasihatkan penyokong Johor DT supaya tidak berdendam dengan melakukan kekecohan atau mengasari penyokong Kelantan apabila pasukan The Red Warriors berkunjung ke Larkin. Penyokong Johor DT diminta menjaga tingkah laku, beradab dan bersikap profesional untuk menikmati perlawanan tanpa sebarang insiden tidak diingini.



Oleh Salman Hamat - HARIAN METRO

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Sports press clippings on the 24 April 2008

Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...