Skip to main content

Laluan Tetap Sukar Pada Terbuka Malaysia - Chong Wei

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei tetap menganggap laluan memburu kejuaraan kesembilan pada Kejohanan Maybank Terbuka Malaysia 2013 tetap berliku walaupun beberapa pemain ternama dunia mengambil keputusan menarik diri.

Beliau berkata penarikan diri Boonsak Ponsana dari Thailand yang sepatutnya menjadi lawan beliau pada pusingan kedua hari ini bukan satu tiket yang menjamin kedudukan beliau untuk merangkul kejuaraan kedua tahun ini selepas Terbuka Korea minggu lepas.

Sebagai rekod, Chong Wei telah memenangi Terbuka Malaysia sebanyak lapan kali iaitu pada 2004, 2005, 2006, 2008, 2009, 2010, 2011 dan 2012.

"Walaupun Boonsak telah menarik diri, namun lawan saya (pada pusingan suku akhir esok) iaitu Hu Yun (dari Hong Kong) bukanlah seorang pemain yang senang untuk dikalahkan kerana kami berdua pernah bertemu di Terbuka Korea.

"Saya tidak menjangka bahawa ramai pemain ternama telah menarik diri namun saya tetap fokus untuk menghadapi satu demi satu perlawanan pada kejohanan kali ini," katanya pada sidang media di Stadium Putra, Bukit Jalil, di sini, hari Khamis. Bekas juara dunia dan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Athens 2004, Taufik Hidayat semalam mengambil keputusan drastik dengan menarik diri daripada kejohanan berkenaan setelah dilanda kecederaan.

Turut memgambil keputusan untuk menarik diri ialah beregu utama negara, Koo Kien Kiat dan Tan Boon Heong selepas Tan disyaki mengidap deman denggi.

Chong Wei berkata beliau akan menggunakan masa yang ada pada hari ini untuk membuat persiapan rapi menentang Hu Yun, esok.

Pada masa yang sama, beliau turut menggesa pemain perseorangan kedua negara, Liew Daren untuk menggunakan ketiadaan Taufik untuk mara lebih jauh pada kejohanan kali ini.

Liew mendapat slot percuma ke suku akhir selepas lawannya, Taufik menarik diri.

-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...