Dalam mesyuarat dengan ketua jurulatih beregu negara, Tan Kim Her hari ini, Paulus ditugaskan melatih beregu utama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, Hoon Thein How-Tan Wee Kiong serta Lutfi Zaim Abdul Khalid-Tan Wee Gieen.
"Ini merupakan tanggungjawab besar apabila diberi kepercayaan oleh Persatuan Badminton Malaysia untuk melatih pasukan Malaysia dan saya harap prestasi saya juga baik di sini.
"Ia satu cabaran baharu bagi saya untuk bekerjasama dengan pemain Malaysia dalam meningkatkan prestasi mereka," kata Paulus ketika ditemui pemberita di pejabat BAM di sini, hari ini.
Paulus ditawarkan kontrak dua tahun selaku jurulatih beregu negara dan kehadirannya bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Pang Cheh Chang yang dilantik sebagai ketua jurulatih beregu remaja negara di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ).
-- BERNAMA
Comments
Post a Comment