Skip to main content

PSM tak harap emas Sukan SEA


PEMAIN sepak takraw negara yang menolak pelawaan menyertai skuad negara bakal menerima hukuman daripada PSM. - Gambar hiasan


PERSATUAN Sepak Takraw Malaysia (PSM) tidak mengharapkan pingat emas pada Sukan SEA 2013 yang akan berlangsung di Myanmar penghujung tahun ini.

Ia gara-gara aksi hambar yang dipamerkan oleh barisan pemain negara yang kesemuanya terdiri daripada muka-muka baharu.

Presiden PSM, Datuk Ahmad Ismail yang menyedari masalah tersebut sekadar mahukan skuad muda negara itu bekerja keras bagi meningkatkan prestasi masing-masing agar dalam masa dua tahun mereka akan menjadi pemain yang lebih matang.

Menurutnya, sasaran utama PSM buat skuad muda ini adalah untuk meraih pingat emas pada Sukan Asia di Korea Selatan pada 2014 kerana dalam tempoh tersebut mereka akan menjadi pemain yang lebih matang dan berkeyakinan.

"Jangan mengharap sangat pingat emas tahun ini. Bagaimanapun, oleh kerana kita membawa maruah negara, sekurang-kurang kita sasarkan pingat perak," katanya mengenai sasaran mereka pada Sukan SEA di Myanmar hujung tahun ini.

Ahmad menjelaskan demikian ketika ditemui selepas menyaksikan demonstrasi sukan Chinlone yang menyerupai sepak takraw bulatan oleh pasukan Myanmar di Kompleks Majlis Sukan Negara di Taman Keramat, Kuala Lumpur semalam.

Ahmad juga menjelaskan, beliau langsung tidak berpuas hati semasa melihat sendiri persembahan pemain negara yang berentap di Korat dan Pattaya baru-baru ini.

"Saya tengok mereka macam bukan pemain kebangsaan. Mereka memiliki kemahiran untuk bermain tetapi saya tak tahu di mana silapnya, mereka gagal memberi saingan yang diharapkan," ujar Ismail.
Untuk itu, beliau berharap skuad Elit A sedia ada membuktikan sesuatu dalam saingan Super Series yang akan diadakan di Myanmar pada Mei nanti.

Selain itu, mereka kini bakal berdepan dengan cabaran bukan sahaja daripada pasukan luar tetapi skuad Elit B.

"Perlu diingatkan, pasukan Elit A jangan terlalu selesa dengan kedudukan mereka kini kerana pada bila-bila masa, Elit B akan mengambil alih.

"Walaupun baru sebulan diwujudkan, skil, disiplin dan persembahan Elit B dilihat semakin meningkat," tegasnya.

Sementara itu, Ahmad juga memberitahu, satu perbincangan telah diadakan dengan jawatankuasa pemilihan mengenai pemberian surat tunjuk sebab mengapa pemain yang enggan turun berlatih, tidak boleh dikenakan tindakan.

"Ini melibatkan maruah negara. Mereka dipilih untuk berkhidmat dengan negara. Jika tidak mempunyai sebab yang kukuh, mereka tidak boleh menolak pelawaan untuk menyertai skuad kebangsaan.
"Jadi, jangan main-main dengan perkara ini. Saya percaya, para pemain sudah cukup matang untuk memikirkan risiko yang perlu mereka hadapi sekiranya digantung.

"Bukan sahaja tidak boleh bertanding, malah reputasi mereka juga tercalar," jelas Ahmad.

Oleh SHANIKA ABDULLATIB
shanika.latib@kosmo.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Sports press clippings on the 24 April 2008

Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...