Skip to main content

Saya sudah bersedia - Paulus


PAULUS (dua dari kiri) bercakap dengan pemain muda negara ketika hadir di poejabat BAM
di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam.


JURULATIH kelahiran Indonesia, Paulus Firman yakin beliau kini sudah bersedia untuk menggalas tugas melatih beregu utama lelaki negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong.

Meskipun sedar tekanan yang bakal dihadapi, memandangkan sasaran untuk Kien Keat-Boon Heong adalah mara ke final Kejohanan Badminton Dunia di Guangzhou, China, Ogos depan, Paulus berkata, beliau menganggap itu sebagai satu cabaran baharu buat dirinya.

"Memang ia memberikan tekanan kepada saya tetapi saya lebih suka menganggapnya sebagai satu cabaran.

"Saya percaya, jika kita bekerja keras dan memberikan komitmen sepenuhnya, hasilnya pasti positif," kata Paulus ketika ditemui pemberita selepas hadir buat kali pertama di pejabat Persatuan Badminton Malaysia (BAM) di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam.

Terdahulu, Paulus telah mengadakan perbincangan dengan ketua jurulatih beregu negara, Tan Kim Her dan barisan kejurulatihan yang lain berhubung tugasnya bersama skuad negara.

Hasil perbincangan tersebut, beliau diberi tanggungjawab untuk melatih Kien Keat-Boon Heong selain dua lagi gandingan beregu lelaki, Hoon Thien How-Tan Wee Kiong dan Mohd. Lutfi Zaim Abdul Khalid- Tan Wee Gieen.
Menurut bekas jurulatih beregu Indonesia itu, beliau optimis dapat mempersiapkan Kien Keat-Boon Heong bagi mencapai sasaran yang diletakkan BAM untuk mara ke final Kejohanan Dunia.
"Kejohanan Dunia akan berlangsung pada Ogos depan dan kita masih mempunyai masa sekurang-kurangnya enam bulan lagi untuk melakukan persiapan. Buat masa ini saya tidak boleh beritahu apa perancangan saya.

"Saya perlu berjumpa dengan pemain terlebih dahulu untuk mengetahui lebih lanjut situasi mereka. Apa yang saya boleh katakan, saya akan meletakkan sasaran untuk Kien Keat-Boon Heong dalam setiap kejohanan disertai mereka sebelum Kejohanan Dunia bermula.

"Kien Keat-Boon Heong pernah menjadi beregu No. 1 dunia dan prestasi mereka ketika itu memang hebat. Mereka memiliki teknik permainan yang bagus.

"Cuma, saya tidak tahu apa punca kemerosotan prestasi mereka. Saya akan membuat analisis mengenai perkara ini bagi mendapat gambaran apa masalah mereka sebenarnya," kata Paulus.
Pada 16 Ogos lalu, Presiden BAM, Datuk Seri Mohd. Nadzmi Mohd. Salleh mengesahkan bahawa badan induk sukan badminton negara itu bersetuju untuk melantik Paulus selaku jurulatih beregu negara dengan kontrak selama dua tahun.

Beliau akan memulakan tugas secara rasmi Jumaat ini.
Paulus memulakan karier sebagai pemain bermula pada 1991 hingga 1995 sebagai pemain beregu campuran Indonesia sebelum memulakan khidmatnya selaku jurulatih bersama kelab badminton di Pulau Pinang, Wira Tangkis pada 1996.

Setahun kemudian, beliau mendapat tawaran untuk menjadi jurulatih beregu skuad badminton Indonesia hingga 2012.

Tugasan terakhirnya bersama skuad Indonesia adalah sebagai jurulatih beregu wanita.

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Sports press clippings on the 24 April 2008

Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...