Skip to main content

Shahidan tutup mulut


Alor Setar: "Saya tak nak komen apa-apa. Saya baru balik daripada lawatan ke Gaza,” kata Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim yang masih berteka-teki sama ada sudah menerima surat pendakwaan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) atau sebaliknya.
Shahidan berkata, setakat ini, beliau belum menerima apa-apa surat pendakwaan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung kritikan 'pedas' dibuatnya bagi menuntut transformasi dalam FAM yang menjadi isu panas, sejak akhir-akhir ini.

“Saya tak baca surat khabar lagi... saya baru pulang dari Gaza, dalam (laman sosial) Facebook saya pun tiada siapa yang maklumkan mengenai perkara itu.
“Saya tidak tahu, saya tak fikir lagi... yang saya fikir macam mana nak bayar gaji pemain. Tiap-tiap bulan nak bayar gaji RM170,000. Mungkin pemberita boleh tolong fikirkan untuk saya macam mana nak bayar gaji,” katanya berseloroh.

Sebelum itu, beliau disambut kira-kira 100 penyokongnya sejurus tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH), di sini, kira-kira jam 8 malam tadi.

Ketika ditanya perkembangan terbaru setakat ini, beliau terus mengulangi ‘saya hanya fikir macam mana nak bayar gaji pemain saja buat masa ini.’ “Saya turun KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur), terus mai (datang) sini... tak baca apa lagi. Saya tak nak komen lagi selagi tak dapat surat.
“Saya bukan mencari masalah, tapi kebenaran. Bagi saya, ini perjuangan. Perjuangan, sana sini mesti berlaku,” katanya.

Sebelum ini, Arena Metro melaporkan Shahidan mungkin dikenakan tindakan tatatertib berikutan kenyataannya yang menuntut transformasi dalam FAM bagi memastikan badan induk bola sepak tanah air itu mendapat sokongan ramai pihak.
Transformasi yang dituntut bekas Menteri Besar Perlis itu turut menjurus kepada kesediaan FAM membantu pasukan yang mempunyai masalah kewangan.

Berdasarkan Artikel 88, hanya Presiden dan Setiausaha Agung dibenarkan membuat kenyataan. Sekiranya ada di kalangan mereka yang di bawah naungan FAM ingin membuat kenyataan, mereka perlu meminta kebenaran kongres terlebih dulu.

Shahidan dalam reaksi balas terhadap kes itu, baru-baru ini menyuarakan sudah bersedia mengadap Jawatankuasa Tatatertib FAM sekiranya dipanggil berbuat demikian.

Untuk rekod, sebelum ini Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa pernah menjadi mangsa Artikel 88 apabila digantung dua tahun enam bulan pada April tahun lalu atas kesalahan mengkritik prestasi skuad kebangsaan.

Sebelum itu, Naib Presiden, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar menjadi pegawai pertama FAM yang dihukum pada 1991, disusuli Allahyarham Datuk Paduka Ahmad Basri Akil pada 1991 dan 2007.


Oleh Mohamad Hussin - ARENA, Harian Metro

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...