Skip to main content

UMS Ungguli Penyelidikan Sains Sukan Tahun Lepas

KOTA KINABALU, 21 Jan (Bernama) -- Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengungguli penyelidikan sains sukan tahun lepas apabila empat penyelidik sains sukan UMS menerima geran penyelidikan yang berjaya melahirkan atlet mampu memperoleh kemenangan dalam sesuatu kejohanan.

Menurut kenyataan UMS, pasukan Penyelidikan Sains Sukan Berprestasi Tinggi diketuai Prof Madya Dr Razali Abdullah mendapat geran komuniti RM50,000 daripada CIMB Foundation pada 2011 dan RM30,000 pada tahun lepas untuk melaksanakan program 'Ranau - Run for Life' dengan modul dan latihan diberikan kepada jurulatih sekolah larian jarak sederhana di daerah Ranau.

Penyelidikan tersebut berjaya melahirkan beberapa atlet yang memperoleh pingat di peringkat Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) dan Sukan Malaysia (Sukma).

Dr Mohamad Razali juga pakar rujuk sains sukan bagi kontinjen Sukma Terengganu yang telah menjuarai Sukma empat kali berturut-turut.

UMS turut dianugerah RM90,000 daripada Kementerian Pengajian Tinggi menerusi Geran Skim Penyelidikan Eksploratori (ERGS) pada Julai lepas bagi menjalankan kajian mengenai kesan latihan otot terhadap postur pemanah remaja, diketuai Pathmanathan K. Suppiah yang juga ahli panel kursus sains sukan Majlis Sukan Negara (MSN) dan panel program pembangunan olahraga MSN.

Geran Dana Pembudayaan Penyelidikan (RAGS) 2012 dari Kementerian Pengajian Tinggi turut dianugerahkan kepada dua penyelidik sains sukan UMS iaitu Dr Mohamad Nizam Nazarudin, yang mengkaji kesan beg sekolah berat pada sistem otot dan rangka murid sekolah rendah, dan Hasnol Noordin bagi kajian bertajuk 'Model Prestasi Psiko-Biologi Pemain Ragbi Elit Remaja Kebangsaan dengan Pencapaian Pasukan.'

Kedua-dua kajian itu menerima geran masing-masing bernilai RM40,000.

Pasukan penyelidik UMS diberi pengiktirafan pada awal bulan ini apabila dua daripada tiga usul kajian mereka terpilih menerima Geran Skim Penyelidikan Sukan (SRGS) daripada Kementerian Pengajian Tinggi.

Kajian yang berjaya memperoleh dana tersebut ialah mengenai dimensi baharu aerobik dan kajian bertajuk 'Prototaip Instrumen Latihan dan Pengukuran Ketangkasan Reaktif Atlet UMS'.

Kedua-dua kajian tersebut, yang menerima dana berjumlah RM70,000, akan memanfaatkan kontinjen Sukma Sabah jika Sabah ingin menempa nama sebagai juara Sukma.

-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...