Skip to main content

Adiq Sekali Lagi Mucul Pendaki Terbaik Malaysia

GENTING HIGHLANDS, 25 Feb (Bernama) -- Pelumba Olimpik negara, Mohammed Adiq Husainie Othman sekali lagi menjadi pelumba pertama Malaysia tiba di puncak Genting Highlands pada perlumbaan peringkat kelima jelajah Le Tour de Langkawi (LTdL) 2013, di sini Isnin.

Pelumba berusia 22 tahun yang mewakili pasukan Champion System Pro Cycling itu menamatkan saingan pendakian dari Proton ke Genting Highlands sejauh 110.3km itu dengan menduduki tempat ke-32.

Beliau mencatat masa tiga jam, 20 minit dan dua saat, 08:21s di belakang pemenang peringkat itu dan jersi kuning dan merah, Julian David Arredondo Moreno daripada Team Nippo-De Rosa.

Pelumba dari Colombia itu mencatat masa 3'11:41s untuk tiba awal di garisan penamat.



"Pasukan saya telah menggunakan strategi yang lebih kurang sama semasa pendakian di Cameron Highlands (Sabtu lepas).

"Walaupun saya adalah pelumba domestik untuk pasukan ini tetapi saya bersyukur kerana menjadi pelumba Champion System yang kedua sampai ke garisan penamat," katanya.

Pada perlumbaan peringkat kelima hari ini, pelumba pasukan Champion System Pro Cycling yang mendahului beliau ialah pelumba Amerika Syarikat, Chris Butler, yang menamatkan saingan di tempat ke-22 dengan catatan masa 3'17:04s.

Dalam saingan keseluruhan (general classification), Mohammed Adiq Husainie berada di kedudukan ke-33 dengan mengumpul masa 17'55:35s, 12:15s di belakang pendahulu setakat ini.

Dalam pendakian ke puncak Genting Highlands, Musairi Musa menjadi pemegang rekod selaku pendaki terbaik negara dengan menamatkan saingan di tempat ke-12 pada edisi 1999.

Musairi, 40, adalah antara pelumba dalam pasukan kebangsaan yang berjaya meraih kejuaraan Asia pada edisi keempat perlumbaan LTdL pada 1999.

Selain Musairi, turut serta dalam pasukan berkenaan ialah Nor Effandy Rosli, Tsen Seong Hoong, Shahrulneeza Razali, Suhaimi Keton dan Mohd Mahadzir Hamad.

"Berdasarkan kepada dua pendakian pada edisi kali ini, saya lihat pelumba-pelumba negara masih berpeluang mencipta kejayaan yang lebih besar.

"Walaupun kebanyakan mereka mengatakan perlumbaan kali ini lebih laju dengan adanya pasukan Pro Team, tetapi itu bukan alasan untuk mereka tidak memberikan saingan yang sewajarnya. Mereka perlu pandai menempatkan diri dalam kelompok pelumba yang membuat pemecahan," kata Musairi.



Selepas selesai dua pendakian kategori Hors dan Loh Sea Keong, yang mewakili pasukan OCBC Singapura, berjaya menempatkan diri di tempat ke-14 dengan 10 mata, manakala pelumba pecut Anuar Manan daripada pasukan Synergy-Baku Cycling Project turut mencuri tumpuan dengan mengumpul lapan mata dan berada di kedudukan ke-16 untuk kategori pendakian (Raja Bukit).

-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...