Kapar, Klang: Prestasi pelumba tempatan terus mengecewakan selepas peringkat keempat Le Tour de Langkawi (LTdL) 2013 semalam.
Kecuali Anuar Manan yang tampak memberikan saingan, skuad kebangsaan dan Terengganu Cycling Team (TSG) dilihat masih belum mampu memberikan cabaran bermakna.
Lebih mengecewakan sasaran skuad kebangsaan yang mahu berada dalam kelompok 10 pasukan terbaik tampak sukar apabila menghuni tangga ke-17 dalam senarai 22 pasukan bertanding TSG di tempat ke-21.
Bagi Anuar yang juga pelumba Synergy-Baku Cycling Project, dia
tetap fokus dalam misinya walaupun masih belum menyarung sebarang jersi
dan menang dalam empat peringkat awal perlumbaan.
“Saya cuba sedaya mungkin mengutip mata dalam zon pecutan hari ini dan masih berusaha untuk mencari podium pertama,” katanya yang menjadi pelumba terbaik tempatan semalam apabila menamatkan saingan di tempat kelapan.
Menurutnya, kegagalan rakan sepasukannya membuka laluan dengan baik mengundang padah apabila dia terpaksa bersaing secara bersendirian menuju ke garisan penamat.
“Saya akan terus mencuba selepas ini walaupun pasukan Pro Tour seperti Astana Pro Team dan Blanco Pro Cycling Team mengawasi pergerakan saya,” kata juara Raja Pecut edisi 2010 itu.
Anuar kini menjadi taruhan terbaik pelumba tempatan seandainya mahu memenangi sesuatu kali ini walaupun kini sekadar mengumpul 29 mata, ketinggalan 12 mata dalam perebutan jersi Raja Pecut.
Peringkat kelima hari ini sejauh 110.3 kilometer mempertandingkan tiga zon pecutan di Coalfields, Paya Jaras dan Gombak sebelum mendaki ke Genting Highlands.
Arena, MyMetro
Kecuali Anuar Manan yang tampak memberikan saingan, skuad kebangsaan dan Terengganu Cycling Team (TSG) dilihat masih belum mampu memberikan cabaran bermakna.
Lebih mengecewakan sasaran skuad kebangsaan yang mahu berada dalam kelompok 10 pasukan terbaik tampak sukar apabila menghuni tangga ke-17 dalam senarai 22 pasukan bertanding TSG di tempat ke-21.
“Saya cuba sedaya mungkin mengutip mata dalam zon pecutan hari ini dan masih berusaha untuk mencari podium pertama,” katanya yang menjadi pelumba terbaik tempatan semalam apabila menamatkan saingan di tempat kelapan.
Menurutnya, kegagalan rakan sepasukannya membuka laluan dengan baik mengundang padah apabila dia terpaksa bersaing secara bersendirian menuju ke garisan penamat.
“Saya akan terus mencuba selepas ini walaupun pasukan Pro Tour seperti Astana Pro Team dan Blanco Pro Cycling Team mengawasi pergerakan saya,” kata juara Raja Pecut edisi 2010 itu.
Anuar kini menjadi taruhan terbaik pelumba tempatan seandainya mahu memenangi sesuatu kali ini walaupun kini sekadar mengumpul 29 mata, ketinggalan 12 mata dalam perebutan jersi Raja Pecut.
Peringkat kelima hari ini sejauh 110.3 kilometer mempertandingkan tiga zon pecutan di Coalfields, Paya Jaras dan Gombak sebelum mendaki ke Genting Highlands.
Arena, MyMetro
Comments
Post a Comment