Skip to main content

Anuar Muncul Pelumba Terbaik Malaysia Peringkat Pertama LTdL 2013

KULIM, 21 Feb (Bernama) -- Pelumba negara Anuar Manan muncul sebagai pelumba terbaik Malaysia selepas berakhir peringkat pertama perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) dari Kangar ke Kulim, Khamis.

Anuar berjaya menempatkan dirinya dalam kelompok 10 pelumba terawal tiba di garisan penamat dengan menamatkan saingan sejauh 162.7km di tempat ketujuh pada perlumbaan yang dimenangi oleh pakar pecut pasukan Blanco Pro Cycling Team, Theo Bos dari Belanda.

"Saya mungkin boleh berada di hadapan bersama-sama Theo Bos. Kira-kira 3km sebelum sampai garisan penamat, tidak ada rakan pasukan yang dapat menolong. Mungkin masa itu, semua pelumba sudah meningkatkan kayuhan dan kayuhan menjadi laju. Saya terpaksa bekerja sendiri.

"Pada awal perlumbaan lagi, selepas kayuhan neutral sudah ada tiga pelumba yang membuat pecahan dan saya sukar untuk mengejar mereka untuk mengumpul mata untuk kategori pecut. Saya silap sedikit di situ," kata pelumba dari Kuala Ibai, Terengganu.

Menurut Anuar, Bos sudah dijangka akan memenangi perlumbaan itu kerana dibantu rakan sepasukan yang mahir dalam pecutan.

"Untuk perlumbaan berikutnya, saya rasa pasukan saya akan memperkemaskan lagi strategi selepas melihat kepada strategi pasukan lain pada perlumbaan kali ini," katanya.

Pelumba berusia 27 tahun itu berkata beliau tidak menyasarkan untuk muncul selaku pelumba terbaik Malaysia tetapi agak kecewa kerana tidak dapat meraih kemenangan peringkat.

"Sasaran saya pada LTdL kali ini ialah untuk menang sekurang-kurangnya satu peringkat. Bagi saya, hari ini adalah permulaan yang baik dan mungkin esok boleh buat yang lebih baik lagi," katanya.

Walaupun peringkat kedua esok turut melibatkan satu pendakian kategori dua di Bukit Sumpitan, Anuar berkata ia bukan satu masalah.

"Untuk pendakian di Cameron Highlands (peringkat ketiga) dan Genting Highlands (peringkat kelima) saya perlu beri lebih perhatian dan tenang untuk terus berpeluang meneruskan saingan pada LTdL kali ini," katanya.



-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Rajagobal Let Off The Hook

PETALING JAYA, April 24 (Bernama) -- National head coach Datuk K. Rajagobal was let off the hook by the Football Association of Malaysia's (FAM) Disciplinary Committee after finding no evidence that he had violated FAM's Article 88, as claimed. FAM Disciplinary Committee chairman Datuk Taufik Abdul Razak said the committee had decided not to charge Rajagobal after carefully analysing the video of the post-match press conference by the 56-year-old coach. "After listening to the recording of the post-match press conference, we decided to drop the charge against Rajagopal as he did not make such a statement. "Maybe his (Rajagobal) assessment and comments of the match was misconstrued by the media. There was no mention of the FAM policy throughout his comments," said Taufik after emerging from a three-hour Disciplinary Committee meeting at Wisma FAM in Kelana Jaya, here, Wednesday. Rajagobal who does not mince his words when asked to com...

Atlet Tempuhi Empat Kejohanan Besar Sebelum Olimpik Rio 2016

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Empat temasya sukan penting yang dijadual berlangsung mulai Disember ini hingga 2015 menjadi medan persiapan atlet negara sebelum menghadapi cabaran Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Jumaati. Kejohanan berkenaan ialah Sukan SEA di Myanmar pada Disember, Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan, Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland dan Sukan SEA 2015 di Singapura. Bercakap kepada pemberita selepas melawat Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil di sini, Khairy berkata kesemua temasya sukan itu dilihat amat penting dalam memastikan impian negara untuk membawa pulang pingat emas Olimpik pertama menjadi kenyataan. "Kita di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahupun MSN akan memastikan semua atlet mendapat bantuan sewajarnya dalam melakukan persiapan ke arah membawa pulang pingat emas pertama negara di Rio de Janeiro, Brazil nanti," katanya. Dalam perkemb...

Uber Cub: Malaysian squad Can Spring A Surprise - Ahmad Shabery

KUALA LUMPUR, April 29 (Bernama) -- Youth and Sports Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek remains confident that the national Uber Cup squad can spring a surprise when Malaysia hosts the Thomas and Uber Cup finals at the Putra Stadium in Bukit Jalil from May 9-16. He said despite not being the favourite, the women's team was able to surprise everyone by winning the gold medal at the Laos SEA Games. "I am confident they (Uber Cup team) will be able to produce a similar surprise. Not only are they capable of reaching the semi-final, they can go further," he told reporters after having lunch with national shuttlers here Thursday. National badminton Team manager Datuk Syed Abu Bakar Abdullah who echoed the minister's confidence said: "In Laos, nobody expected the women's team to win the world, so why not the Uber Cup? All they need to do is try their very best." Women's team captain Wong Pei Tty said she and her team-mates have set a target of r...