Skip to main content

Bos tunjuk belang awal


REAKSI Bos selepas melepasi garisan penamat peringkat pertama LTdL 2013 di Kulim semalam.


PELUMBA pecut Belanda, Theo Bos membuktikan kehebatannya apabila menguasai peringkat pertama kejohanan lumba basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2013 semalam.
Selain menyarung Jersi Kuning selaku pendahulu keseluruhan, pelumba Blanco Pro Cycling Team (BLA) itu turut dinobatkan selaku Raja Pecut (Jersi Biru) selepas mengutip 15 mata daripada tiga zon pecut.

Bos, 29, mengambil masa empat jam 11 minit untuk menamatkan kayuhan di laluan beralun sejauh 162.7 kilometer (km) dari Kangar, Perlis ke Kulim, Kedah.
Meskipun berlumba dalam keadaan cuaca panas terik sepanjang laluan, Bos berjaya menamatkan cabaran Raja Pecut 2011 dan 2012, Andrea Guardini.
Guardini, 23, daripada Astana Pro Team (AST) melepasi garisan penamat di tempat ketiga manakala kedudukan kedua menjadi milik pelumba Team Europcar, Bryan Coquard dengan catatan masa yang sama.

Pelumba sandaran negara, Anuar Manan daripada Synergy Baku Cycling Project (BCP) dan pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Harrif Saleh masing-masing di tempat ketujuh serta 13.
"Saya sudah menjangkakan saingan hari ini (semalam) akan menjadi sukar apabila perlumbaan menuju ke garisan penamat kerana ramai pelumba pecut yang hebat menyertai kejohanan ini.
"Atas kertas, kami mempunyai kelebihan kerana ramai pelumba pecut dalam pasukan ini. Jadi, kelebihan sudah pasti memihak kepada saya.

"Rakan sepasukan (Graeme Brown) banyak membantu saya, terutamanya ketika perlumbaan berbaki dua kilometer.

"Bagaimanapun, saya tidak menjangka akan mencatat kemenangan mudah dan saya tetap menghormati pencabar yang lain," kata Bos.

Bos yang juga juara dunia lima kali dalam acara trek berkata, dia tidak menjangkakan perlumbaan akan berakhir semudah itu pada saingan seterusnya.

Ketika ditanya mengenai tradisi sebelum ini apabila pelumba yang memenangi peringkat pertama akan melakar lebih banyak kemenangan, Bos berkata, dia akan bekerja keras untuk mengulangi tradisi itu.
"Saya tidak tahu Brown dan Guardini menang banyak peringkat tetapi saya harap dapat mengikut jejak mereka," kata Bos.

Sementara itu, pelumba China, Wang Meiyin melakar kejutan apabila dinobatkan selaku Raja Bukit (Jersi Merah) dan pelumba Terbaik Asia (Jersi Putih).
Pelumba Hengxiang Cycling Team (HEN) itu mengutip empat mata di zon pecut kategori empat (Cat 4) di Bukit Selambau (116.1km).

Wang Meiyin turut mengutip 15 mata daripada tiga zon pecut tetapi Bos lebih berhak untuk menyarung Jersi Biru berdasarkan mata bonus.

Para pelumba akan meneruskan saingan pada peringkat kedua hari ini dari Serdang, Kedah ke Kuala Kangsar, Perak sejauh 117.8km.

Perlumbaan dijangka sukar kerana pelumba terpaksa melalui zon pendakian kategori dua (Cat 2) di Bukit Sumpitan, Perak (ke-49.7km) selain tiga zon pecut di Selama (10.6km), Lenggong (70.1km) dan Kati (100.4km).

Oleh NORZASRUDIN MOHAMED NOR
zasrudin@kosmo.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...