Skip to main content

Kaji Artikel 88


TENGKU ABDULLAH minta ahli gabungan FAM kaji Artikel 88 FAM.


ANGGOTA gabungan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu tampil memberi cadangan untuk mengkaji semula Artikel 88 Statut FAM bagi membolehkan badan induk itu ditegur atau dikritik.

Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, peraturan tersebut dikuatkuasakan atas kelulusan anggota-anggota gabungan dan kini mereka perlu memberi cadangan untuk mengkajinya semula.

“Artikel ini dibuat oleh ahli gabungan, kalau perlu dikaji semula, mereka perlu tampil memberi cadangan.

“Ini kerana peraturan itu dibuat bukan atas arahan presiden atau timbalan presiden FAM, ini atas kelulusan ahli-ahli gabungan di semua negeri,” titah baginda pada sidang akhbar di Kuantan, Pahang semalam.

Artikel 88 itu menjelaskan bahawa hanya presiden dan setiausaha agung yang boleh membuat kenyataan akhbar.

Akhbar Kosmo! semalam melaporkan pengkritik sukan negara, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim meluahkan pendapat bahawa tindakan FAM menguatkuasakan peraturan melarang anggota gabungannya menegur atau mengkritik boleh mengakibatkan mereka kehilangan ramai kawan yang jujur dalam membangunkan bola sepak negara.

Beliau melahirkan kebimbangan kesan penguatkuasaan Artikel 88 Statut FAM yang melarang anggotanya termasuk jurulatih dan pemain mengkritik badan induk bola sepak itu boleh mengundang perasaan benci peminat bola sepak terhadap FAM.

Tambah Tengku Abdullah, selain itu, baginda sendiri sudah lama memaklumkan kepada jawatankuasa perundangan FAM untuk melakukan tindakan tersebut.

“Kalau boleh, kita juga perlu perhalusi keberkesanan peraturan ini.
“Janganlah apabila Artikel 88 itu ditarik balik, sewenang-wenangnya kita hendak kutuk FAM kerana ia tidak mencerminkan kematangan sukan bola sepak negara,” titah baginda.

Menurut baginda, apa yang wajar dilakukan kini ialah memperkemas dan memperbaiki segala kelemahan dalam FAM selari dengan pindaan yang dibuat oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dari semasa ke semasa.

Mengulas mengenai kritikan yang dilontarkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor, Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim dan Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim tentang Liga Malaysia sebelum ini, baginda menyeru agar perkara itu dilihat dari sudut yang lebih luas.
Dalam pada itu, baginda turut mengakui dakwaan Tunku Ismail bahawa pengadil tidak profesional ada kebenarannya kerana mutu pengadilan bola sepak negara masih di peringkat amatur.

“Memang betul apa dinyatakan oleh Tunku Mahkota Johor bahawa pengadil kita tidak profesional, kerana kita masih amatur lagi. Jadi hendak kata terbaik tidaklah.

“Kalau terbaik, kena pergi Liga Perdana England atau La Liga. Tetapi, dari sudut positif, kita kena tengok dan perkemaskan, tetapi dan jangan cepat menghukum.”

Ujar baginda, dalam perkara ini, semua pihak perlu faham bahawa pengadil dilantik sehingga umur 45 tahun dan apabila bersara, pengadil baru akan dilantik dan mereka memerlukan waktu untuk dilatih.
Baginda memohon anggota gabungan FAM agar menegur melalui saluran betul bagi mengelakkan kekecohan.

“Kalau boleh kita ikut saluran terbaik iaitu menghantar surat atau berjumpa dengan Setiausaha FAM, itu seelok-eloknya.

“Saya harap sekretariat FAM dapat menerima dengan positif agar setiap teguran itu boleh diperbetulkan. Tetapi, itu hak media hendak tanya kepada pihak terlibat,” titah baginda.

Oleh HAFIZ ABBAS
mohdhafiz.abbas@kosmo.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...