Skip to main content

LTdL2013 - Peluang Malaysia makin tipis

IMPIAN skuad kebangsaan Malaysia untuk menamatkan saingan dalam kelompok 10 pasukan terbaik pada edisi ke-18 kejohanan lumba basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2013 semakin tertutup.

Sasaran itu terus pudar selepas barisan pelumba negara gagal melakukan impak pada perlumbaan peringkat kelima dari Proton, Shah Alam ke Genting Highlands sejauh 110.3 kilometer (km) semalam.
Selepas lima hari berjuang, Malaysia sekadar menduduki tempat ke-15 setelah ketinggalan 23 minit 20 saat daripada pasukan yang menduduki tempat ke-10, Orica GreedEDGE.

Ketua jurulatih skuad lebuh raya negara, Aminuddin Sulaiman berkata, Yusrizal Usoff (gambar) gagal menjalankan tugas dengan baik untuk menamatkan perlumbaan bersama tiga lagi pelumba pendaki lain, Mohamad Fauzan Ahmad Lutfi, Amir Mustafa Rusli dan Mohd. Rauf Nur Misbah.

"Rentak Yusrizal masih tidak menjadi hari ini (semalam) manakala Fauzan pula gagal bertahan dalam kumpulan keempat ketika pendakian ke Genting Highlands itu, selepas tercicir ketika perlumbaan berbaki lima kilometer," katanya.

Fauzan sekadar menduduki tempat ke-51, diikuti Amir (ke-52) manakala Rauf (ke-54). Yusrizal pula menjadi pelumba ke-68 tiba di garisan penamat.
Dua pelumba pecut, Mohd. Nor Rizaun Zainal dan Zulhilmie Afif Ahmad Zamri sekadar menduduki tempat ke-73 dan ke-102.

"Peluang kami untuk menduduki 10 pasukan terbaik keseluruhan semakin tipis. Kini, kami hanya boleh memperbaiki kedudukan iaitu dari tempat ke-17 semalam (kelmarin) untuk melonjak ke tempat ke-15 hari ini (semalam).

"Ketika ini kami hanya boleh berlumba secara selamat sahaja bagi mengutip mata di zon pendakian dan pecutan.

"Mereka tidak perlu simpan tenaga kerana perlumbaan di Genting Highlands dan Cameron Highlands sudah dilalui," katanya.

Aminuddin berharap, anak-anak buahnya dapat mempamerkan aksi lebih agresif dalam baki lima peringkat dan mengutip sebanyak mana mata yang mampu selepas mereka sudah mencuba sedaya upaya pada pendakian ke Genting Highlands.

"Susah untuk mengubah masa selepas ini dan ia tidak akan berubah jika perlumbaan berakhir secara beramai-ramai. Kita sekarang hanya menumpu pada perlumbaan di laluan landai, dalam masa yang sama mengumpul mata dalam baki zon pendakian yang disediakan.

"Kami mungkin boleh berpakat untuk membantu pelumba Malaysia yang lain seperti Anuar Manan (Synergy Baku Cycling Project) dengan keluar melakukan serangan seperti yang dilakukan semalam," katanya.

Oleh NORZASRUDIN MOHAMED NOR
norzasrudin@kosmo.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Sports press clippings on the 24 April 2008

Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...